Ahad, 21 Januari 2024

HELLO PERLIS 2024

 #VisitPerlis2024 #PakatMaiPerlis #TahunMelawatPerlis #CutiCutiMalaysia #MalaysiaTrulyAsia

    Hi semua pembaca blog aku yang kian suram dek kerana kesuntukan masa dan menjadi seorang wanita bekerjaya dah sekarang sehingga tiada masa untuk menghealingkan diri. Sebetulnya sejak aku menjadi seorang wanita bekerjaya ni, aku dah tiada masa untuk melihat diri mahupun melihat mall lah tibah sebab cuti aku banyak dihabiskan dengan tidur sebab aku terlalu penat. Berat badan aku pun dalam sebulan boleh drop banyak gila disebabkan aku rasa aku penat sangat-sangat. 

    Maka, dapat je pergi bercuti, aku rasa macam bersyukur juga. Thanks to my cousin sebab cadangkan untuk pergi melihat dunia sebab kalau dia tak ajak, duit tu memang aku simpan dalam tabung.

Ok so let's started!

    Memandangkan tahun ini merupakan Tahun Melawat Perlis 2024, aku nak share sikit dengan pembaca semua mengenai trip aku dan sepupu aku ke Perlis yang kami cadang untuk berehat seketika dari dunia bekerja kami.

    Kami planning semua ini ada lah dalam beberapa minggu disebabkan jadual kerja kami yang keluar sebulan terus jadi agak terhad masa kami berdua dan jarang untuk kami bercuti sama. Jadi, memandangkan sepupu aku keluarkan jadualnya awal dan aku boleh adjust jadual aku, maka kami memilih untuk pergi Perlis sekadar menepati budget kami berdua yang suka berjimat cermat asalkan berjalan dapat melihat dunia luar.

11 Januari 2024

    So, flight sepupu aku dari KL sampai ke Penang lebih kurang jam 3petang tapi memandangkan aku masih di office, aku tak dapat pickup sepupu aku di airport. Maka, aku pun tingggalkan kunci rumah aku untuk sepupu aku berehat sementara aku pulang bekerja. Tapi, beliau memilih untuk pergi makan since dia dari KL tak makan. So aku cadangkan dia pergi Laksa Kuah Pekat yang terletak bersebelahan dengan Sunshine Bayan Baru.

Laksa Kuah Pekat, Bayan Baru

    Seriously, untuk orang luar yang taktahu nak makan petang apa di Penang, aku really recommend untuk korang semua makan di Laksa Kuah Pekat ni. Aku kadang petang-petang agak macam bosan sikit, aku akan pergi makan situ sebab aku suka suasana kedai tu. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar-nampar pipi. Yang tak best situ cuma sesak je hahaha. Aku kadang fikir 10 kali juga untuk pergi situ naik kereta sebab aku taktahu nak park mana dan aku agak takut dengan suasana sesak dekat area situ jadi aku lebih suka untuk pergi situ menaiki motorsikal. Aku selaku warga Penang, aku boleh bagi 10/10 for this laksa.

Next,

    Kami bertolak dari Penang lebih kurang jam 6.30 petang selepas kami siap-siap ala kadar sebab tahu memang akan sampai malam dan gelap dan takde orang pun yang tengok kami.

Kami sampai Perlis lebih kurang jam 9.30malam dan kami terus checkin roomstay kami. Kami memilih untuk checkin di Roomstay Rumah Pintu Kuning, Kangar disebabkan kawasan ini terletak di tengah pekan dan tidak sunyi. Ada juga homestay dan hotel dalam pilihan kami tapi semuanya sudah fully booking. Harga untuk Roomstay Rumah Pintu Kuning ni cuma RM92 sahaja untuk dua malam kami berada disini. Cukup-cukup berbaloi dan really cant believe it sebab kami tidaklah sebegitu berjimat tapi ini bagaikan disorong bantal, tidak akan kami lepaskan. Konsep roomstay ni adalah dimana kita membayar harga sebuah bilik dalam sebuah rumah. Jika tiada orang di bilik yang lain, maka seperti kita dapat satu rumah lah. Bukan main excited kami lagi sebab malam ni, memang takde orang dalam rumah tu selain kami sahaja. Jadi aku explore dari depan sampailah ke dapur.

    Lepas kami dah buat house tour, kami pun kelaparan sebab yelah dari balik kerja tak makan lagi. Kami pergi ke restaurant berdekatan dengan roomstay kami untuk dinner sebelum kami bergerak ke cafe Rutiyn milik kawan kepada sepupu aku untuk minum-minum sahaja sambil berkongsi tentatif kami dengan kawannya sambil bersembang sebentar.

                              

    Konsep cafe ni kita dah selalu nampak dah dekat merata tempat dimana konsep kafe ala ala hisptur dan jika ianya milik anak muda, ianya dibelakang lorong. Quite interesting untuk duduk lepak dan open table disebabkan cafe ni ada wifi disediakan.

Takkan hilang jowo dihati 😂


         

 12 Januari 2024

             

    Permulaan hari, kami bersiap dan keluar rumah jam 8.45pagi untuk bersarapan di Warung Chaq, Perlis. Tapi nasib kami kurang baik disebabkan warung ni tutup jadi kami terpaksa pergi mencari port breakfast yang lain. Itinerary kami quite good sebab kami ada banyak backup restaurant yang kami boleh pergi sekiranya restaurant yang kami tuju tutup.

Kami waze dan memilih untuk pergi ke Kafe Ngulang Kopitiam. Kami quite impress dengan konsep kafe ni sebab kafe ni ala ala zaman P Ramlee dan vibe seperti orang dulu. Aku tahu kafe macam ni banyak yang sedang membangun dan dekat dengan rumah aku pun ada kafe sebegini tapi suka hati kitaorang lah kan haha sebab kitonyo orang lama.

Kafe Ngulang Kopitiam

    Kami order makan Roti Benggali dan Nasi Lemak untuk isi perut dan disulami dengan kopi ais. Aku harus admit disini yang sebenarnya aku ni orangnya suka kopi ais konsep begini je. Kalau minum kopi dekat kedai mahal-mahal, aku fikir seribu kali untuk membelinya sebab aku literally sejenis yang suka kopi ais rm2 sebegini je.

                              

                                      Harga untuk makanan pagi kami hanyalah RM15 sahaja.

    Makanan yang kami order juga sedap untuk dinikmati dan sesuai untuk mereka yang sekadar nak mengisi perut sebelum memulakan hari yang panjang. Kafe ni juga dihiasi dengan barang-barang lama dari zaman tok tokwan kita dulu-dulu dan senang untuk duduk lama disini.    

       

    Aku pun harus admit satu hal ni. Aku rasa selama aku hidup ni, aku dah cukup friendly dan peramah dengan orang. Kadang kawan aku akan marah aku sebab aku terlalu peramah untuk bersembang dengan orang yang aku tak kenal tapi dekat Perlis ni i tell you, diaorang lagi peramah daripada aku. Like literally we just senyum, terus diaorang shoot engko. Kitaorang dekat kafe ni usha baby aw lepastu senyum senyum lah dengan baby tu lepastu mak dia nampak, lepastu mak dia pun senyum senyum sambil cakap dekat baby tu “ada kakak senyum tu” aduh comel giler baby tu.

Empangan Tasik Timoh Tasoh.

Selepas breakfast, kami menuju ke Empangan Tasik Timoh Tasoh memandangkan sepupu aku tak pernah pergi situ lagi. Jadi aku pun membawanya pergi ke sini. Di sini kita perlu bayar parking RM5 dan boleh parking sehingga muntah. So disini memang kami dah planning untuk tangkap gambar sahaja sambil pusing seluruh area situ.

        


    Tapi ada satu moment dimana kami sedang tangkap gambar di sini, kami ternampak satu boat lalu dan hanya membawa dua orang sahaja. Kitaorang ni dah membuak buak nak naik boat sebab sebelum masuk parking, memang ada signboard kalau nak naik boat, harus gerak straight sikit ke hadapan. Tapi disebabkan kami berdua sahaja, kami mampu berhuhu sahaja.

    Kemudian sedang kami berhuhu, kami pun nampak la segerombolan perempuan ada lebih kurang enam orang diaorang. Kami berdua pun bertelagah 

“hang la pi tegoq depa doh”

“Asal aku pulak, ko la”

Dah dedua main tolak-tolak, end up aku pergi la dekat diaorang sambil membawa muka ramah.

“Dik korang lepas ni pergi mana?”

“Pergi Bukit Chabang kak”

“maksud akak dekat sini”

“oh kitaorang sini sini je kak”

“Jom dik kita naik boat”

    Sebabkan kitaorang dalam masa yang sama dah check harga boat iaitu berharga RM50 untuk satu boat, tu yang kitaorang confident ajak adik-adik ni naik sekali. Kami pun pergi dekat tempat boat, ikut sahaja anak panah sampailah hujung jalan dan korang akan nampak banyak boat dekat situ. Jadi kami pun naik lah boat dengan tokwan ni selama 30 minit. Boat juga akan berhenti di tengah-tengah tasik ini dimana kawasan tersebut ada macam pokok la juga taktahu la nak explain macam mana tapi memang setiap trip boat akan berhenti disini untuk bergambar.

      

    So memang worth it the money lah. Kitaorang naik tujuh orang tapi limit satu boat cuma enam orang sahaja tapi kami bagitahu dia yang kami ni kecik kecik je hahaha. Sempat juga dah habis naik boat tu, kami bertukar tukar username instagram.

Nampak macam dah lama kenal kan hahaha
Muka kepanasan tak tahan dengan cuaca Bumi Perlis

Bukit Chabang, Perlis



    Kami menuju pula ke tempat ini sebab tempat ni memang aku aim nak pergi selepas tengok kawan-kawan aku yang lain suka betul pergi sini maka aku pun haruslah pergi. Nak masuk sini, dia kira per head dimana satu kepala RM2 dan parking berharga RM1 sahaja. Okay lah pun harganya tidaklah mahal. Basically tempat ni adalah ladang kambing sahaja hahaha cuma tempat ni viral mungkin disebabkan bukit dibelakangnya yang menjadikan pemanndangan ladang ni nampak cantik betul dan aku tidak terkecuali untuk datang sini. 

Disini kita boleh bermain dengan kambing sampailah badan kita sendiri bau kambing, menangkap gambar, main dengan kambing lagi dan menangkap gambar sampailah storage phone kita full. 

Takde beza dengan kambing
  

    Selepas hampir satu jam disini dan matahari pun memang tercacak atas kepala sebab jam pada ketika itu sudah menghampiri jam dua petang, kami pun nak bergerak ke next destination. Sebelum tu, kami duduk di kerusi yang disediakan untuk bersihkan seluar kami yang penuh dengan kemuncut. Sebelah meja kami pun ada satu family tapi tidak lah kami pedulikan disebabkan nak buang kemuncut lebih memerlukan fokus. Dalam 10 minit kemudian, kitaorang bangun nak gerak. Acik meja sebelah tiba-tiba memulakan sesi beramah mesra bertanya kitaorang daripada mana. Makcik tu taktahu yang kitaorang ni pun peramah orangnya. Blablabla rupanya dekat 30 minit juga kitaorang bersembang sambil berdiri sambil kehausan tu. Nak chaw pun tak sampai hati sampailah acik tu yang cakap “takpelah dik acik pun nak gerak ni”. 

    Kami pun masuk kereta, start enjin. Ada kereta warna merah limpas kitaorang dan turns out acik tu rupanya. Dia lambai dekat kitaorang macam kitaorang ni member lama dia lak hahaha tapi kitaorang admit yang makcik tu memang fun untuk diajak berborak. Kitaorang syak kalau situ ada jual air dengan nasi, memang kitaorang duduk situ open table dengan makcik tu la. 

    Btw, makcik tu orang Penang dekat je dengan rumah aku so lepasni mungkin aku akan terserempak dengan dia memandangkan dia duduk dekat dengan restaurant yang selalu aku pergi. 

Restaurant Suri Masakan Melayu Asli

    Untuk lunch yang tak berapa nak lunch kitaorang ni sebab kitaorang terlajak masa, kitaorang lunch hampir jam 2.30petang juga, kitaorang memilih untuk lunch di restaurant ni memandangkan restaurant ni memang ada dalam list itinerary kami. Restaurant ni beroperasi dari jam 9pagi hingga 4petang. Memandangkan kami pun sampai agak lewat, boleh dikatakan lauk banyak habis juga la dan kami makan petang itu sekadar untuk mengisi perut sahaja. 

Selepas kami lunch dan masa juga agak banyak lagi, kami memilih untuk pulang ke roomstay kami untuk mandi segarkan badan sebelum kami keluar semula di malam hari. 

ArauBerry Fleamarket


    Kami keluar roomstay kami jam 8 malam dan menuju ke ArauBerry memandangkan kawan kami bagitahu disitu ada event dan suasana nya agak nyaman untuk lepak. Aku tak pasti tapak ini sebenarnya tapak apa tetapi kebetulan ketika kami di Perlis, tapak ni ada event. Jadi aku assume bahawa sini merupakan tapak event kecil-kecilan bergantung kepada tarikh bilakah adanya event disini. Parking disini juga agak terhad kerana aku juga perlu menapak jauh. Event pada malam ini seperti event-event kebiasaan dimana menjual takoyaki, pizza, makanan ringan yang lain dan menjadi kewajipan masa kini adalah menjual kopi. 

    Aku memilih untuk membeli kopi di sini kerana ini sahaja booth yang menarik minat aku and turns out air yang dia juga pun sedap. Aku memilih untuk minum charcoal latte manakala sepupu aku memilih untuk minum chocolate ais dan kami juga membeli sedikit makanan ringan yang dijual di booth yang lain. 

The only makanan ringan 😂

    Yang menariknya event ni bukan sahaja menjual makanan dan pakaian tapi ada juga sesi podcast dengan tajuk yang menarik dan kena dengan masa kini. Kami ada lah juga duduk sini lebih kurang 45 minit sambil makan dan mendengar podcast yang sedang dibicarakan. 

Loiter Foodcourt, Arau

    Aku pasti semua orang tahu tempat ini dimana tempat ini agak viral di tiktok. Maka, kami masukkan dalam itinerary kami. Memandangkan tadi kami sudah makan, disini kami memilih untuk makan makanan yang ringan sahaja seperti char koey teow dan satay kerana itu sahaja yang menarik minat kami. Ada banyak yang dijual disini seperti nasi dagang, air kopi, sizzling, chicken chop tapi itu semua tak mampu nak menarik minat kami sebab kami dah terlalu penat disebabkan siang tadi banyak bermain panas. 

    Overall, makanan disini sangat berpatutan dan we are really shock sebab satay dengan sini RM1 satu cucuk padahal gemuk gemuk. Satay murah macam ni boleh dapat dekat rumah Taiping aku je haha. Dekat Penang aku tak pernah makan satay disebabkan harga yang terlalu menjerut leher aku sendiri. 


    Selepas kami makan malam, kami terus pulang ke roomstay kami dah terus kiok disebabkan cuaca panas yang begitu melampau. 

13 Januari 2024

Muka terpaksa bangun pagi tapi tetap harus bangun sebab
 wanita bekerjaya mangkit lagi awal daripada masa ini

    Kami memulakan hari seawal jam 8.45pagi, bersiap-siap dan mengemas barang sebab kami perlu checkout roomstay kami memandangkan hari ini merupakan hari last kami untuk explore Perlis. Selepas kami dah kepenatan mengemas barang, perut kami pun berbunyi tanda meminta untuk diisi. 

    Kami memilih untuk breakfast di Warung Tepi Sawah, Perlis dimana ianya mengambil masa dari roomstay kami sekitar 11minit sahaja. Kami turut berdoa sepanjang jalan agar tidak discam lagi seperti semalam disebabkan kedai yang kami nak pergi tutup hahaha. 

Jadi, kami pun sampai di Warung Tepi Sawah ini. 

                                  

    Betul-betul warung ni di tepi sawah dan sumpah customernya ramai giler nak mati sampaikan semua meja betul punya full. Disebabkan meja full, kami memilih untuk order makanan dahulu. 

    Kami memilih roti sarang burung, roti kosong, sangkaya dan PekNga kuah kari ikan yang cukup cukup aku suka lurve teroxx. Minuman yang aku order agak random disebabkan aku tengok semua meja ada teh ais float, maka aku terpaksa memilih untuk order air tersebut haha sebab aku jenis kena tengok dulu kedai tu guna susu apa kerana perut aku tak boleh terima susu tin sebarangan. Ya sukar juga untuk aku explain benda ni jadi sepanjang aku hidup di perantauan, aku tak pernah minum teh ais sebab aku nampak susu yang diaorang guna. Tapi teh ais di Warung Tepi Sawah ni aku boleh minum sebab dia menggunakan susu tin yang aku boleh minum. Sebenarnya aku try and error je. Nasib baik tak jadi musibah hahaha. Tapi aku harus akui teh ais dia memang cukup rasa, manis cukup, tidak terlalu potong kaki. 

                                   

    Suka aku nak beritahu harga untuk semua makanan dan minuman kami tidak melebihi RM20 pun punya lah murah tapi dalam masa yang sama kami kekenyangan terox memang ngam boleh bagi 10/10 untuk warung ni. Kalau datang bersama family memang recommended sebab meja yang ada pun kebanyakkannya panjang dan cukup untuk sebuah keluarga bahagia. Yang tak bahagia tu kitaorang sebab datang berdua je. 

Gua Kelam, Perlis

                                        

                                                    Gaya macam boleh jadi duta Gua Kelam 😁

    Gua Kelam ni memang one of my place yang aku paling teringin sekali nak pergi selain dari Gua Niah, Sarawak lah tibah tapi memang daripada dulu lagi aku teringin nak pergi Gua Kelam ni. For someone yang belajar sejarah dunia dan terlibat dalam dunia arkeologi, jiwa aku memang cukup menyukai tempat-tempat macam ini. 

    Harga tiket untuk masuk ke Gua Kelam hanya RM2 per head dan RM1 untuk parking. Korang tak perlu risau soal parking sebab parking dia memang banyak gila. 

    Dalam Gua Kelam pula memang lighting dia suam suam kuku tengok nama Gua pun dah tahu. Jadi dalam gua ni sebaiknya kita jalan perlahan-lahan dan sambil tu boleh la kita melihat sekeliling gua ni dan amaze dengan ciptaan tuhan hidangkan kepada kita untuk kita pelajari.  

                                     

              

P/s: luar Gua Kelam ada sungai yang boleh kita mandi jadi jangan lupa untuk bawa baju salin. Jiwa kitaorang berdua memang memberontak nak mandi tapi memikirkan makeup kitaorang selama sejam tu, kitaorang batalkan niat. 

    Dekat luar juga ada kedai untuk membeli souvenir seperti fridge magnet yang cantik-cantik dan harga pun berpatutan. Ada lah kami membeli sebiji sorang satu untuk lekat dekat peti ais masing-masing dekat rumah nanti. 

Next, 

Padang Besar, Perlis

    Kalau semua orang datang Perlis, memang tak lengkaplah kalau tak datang Padang Besar. Terletak bersempadan dengan Thailand, jadi semasa on the way ke Padang Besar, ada sekatan polis dibuat. Kami berdua acah cool tup tup polis tu tanya “nak pergi mana?” siap suruh kitaorang buka tingkap belakang hahaha cuak sat kami padahal kami datang hanya membawa diri. 

Sesampainya kami di Padang Besar, kami berdua terus

“Aku ada RM100 ja ni ya tapi aku taknak beli apa apa” tapi cubalah teka siapa kehabisan wang lebih RM100? Ya. Kitaorang. 

    Bukan main kami pusing setiap lorong yang ada di Padang Besar dan membeli dari sekecil kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara. Tapi semua ini memang worth our money haha ini semua ayat menyedapkan hati selepas menghabiskan wang seperti orang tiada pedoman hidup. 

    Kitaorang pun acah je nak buat vlog dalam ni sekali vlog kemana record kemain, last last duit yang melayang pergi. 

    Okay, satu je yang leceh dekat sini iaitu cuaca. Tak tahu la kenapa setiap kali aku datang sini, cuaca dia punya panas macam nak mencairkan sel-sel otak aku terus sehingga kan time kitaorang shopping tu kitaorang lapar giler giler aw sekali lepas dah order makan, terus tak habis pun makan. Hanya disebabkan cuaca yang panas yang telah membunuh selera makan kami. 

Last, jangan makan sini. Mahal gak haha. 

Cafe Kupi Khafi, Bukit Tau Adventure Park

    Selepas menghadapi cuaca yang panas, kami memilih untuk menikmati minum petang kami. Yang menariknya mengenai cafe ini, cafe ini beroperasi di dalam gua dan gua ini tidaklah panas seperti yang kita sangka sebab dia mempunyai pengudaraan yang baik. 

    Kami memilih untuk memesan satu sahaja minuman cukup untuk kami raso raso di Cafe Kupi Khafi ini. Suasana agak santai dan cafe ini juga viral disebabkan oleh keunikan operasi kafe ini. Kami pun tidak melepaskan peluang untuk merasai suasana minum petang di dalam gua.   

                                 

    Selepas hampir satu jam kami minum dan berehat, kami memilih untuk gerak ke next destination. Ye masih panas walaupun jam pukul 4.30petang. Kalau dekat Penang atau Taiping, 4.30petang takdenya nak panas mencairkan otak. Hahaha aku masih dapat rasa panasnya Perlis itu sampai sekarang.

Laman Juwita, Arau

    Ini memang sengaja kami pergi sebab kami macam terlalu awal untuk pulang ke Penang. Jadi kami singgah sekejap di Laman Juwita, bersebelahan dengan ArauBerry yang kami pergi semalam dan bersebelahan juga dengan KTM Arau. Memang aku suka pergi event event klasik macam ni sebab suasana dia memang hidup. Aku ada juga tanya akak yang niaga sini, tempat ni memang selalu ke ada event? Katanya ini first time tapi percubaan kali pertama pun kemain ramai orang. Semua yang datang sini pun comey comey hensem belaka pakai kebaya baju melayu aw suka saya usha orang pada ketika itu. 

     

    Kami juga sempat beramah mesra dengan abang yang menjual dangai sampaikan kami lepak duduk depan kedai dia untuk bersembang lebih rancak dengan dia. Kononnya jam 6.30 petang kami nak gerak balik lah tapi hampeh sebab abang ni sembang rancak sangat sampaikan jam 7 petang pun kitaorang masih tak berganjak daripada situ lagi. 

             

Subject yang cantik 😝
Akhir kata, 

    Aku boleh syorkan semua untuk datang ke Perlis sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025. Mungkin dalam tentatif kami hanya sebahagian sahaja dunia Perlis yang kami pergi dan explore. Mungkin jika diberikan waktu yang lebih, kami akan datang lagi untuk explore terutama tempat bersejarah dan makanan mereka lagi sebab boleh dikatakan tentatif kami lebih banyak makan berbanding tempat untuk pergi sehinggakan sebenarnya kalau satu lagi kedai kami pergi, kami boleh mabuk kot haha. 

    Untuk sesiapa yang membaca penulisan ini sebelum, ketika atau selepas pergi ke Perlis, boleh tinggalkan komen anda dibawah untuk bacaan semua manusia diseantero dunia yang lain pula. Moga-moga perkongsian kecil ini boleh menjadi pemandu arah untuk mereka yang mencari apa yang menarik di dunia Perlis. 

                                  

        Xoxo, YD