Khamis, 6 Februari 2020

Travelogue: Meneroka dunia Sabah Part 1

ASSALAMUALAIKUM

   Dah lama rasanya aku tak update blog aku ni. Dah sendu teruk juga la laman ni tanpa sebarang perkembangan baru. So, dikesempatan ini, aku akan update mengenai percutian aku ke Sabah tempoh hari. Bagi yang sedia maklum, aku baru sahaja pulang daripada bercuti di Sabah pada minggu lepas. Semua tahu keindahan bumi Sabah macam mana. So, dekat sini, aku akan kongsikan serba sikit intinerary sepanjang lapan hari aku berada di Sabah untuk meneroka apa yang selalu menjadi bualan hangat di sana! Perancangan awal mesti dibuat dengan teliti atau paling tak pun, perlu tahu dan listkan tempat-tempat yang korang nak pergi supaya dapat lancarkan perjalanan korang tu.

Flight ticket

   Untuk flight ticket, aku beli bulan november 2019 haritu. So aku dapat flight ticket pergi balik dalam rm500. Sangat sangat berbaloi sebab selalunya flight ticket ke Sabah ni selalu melambong tinggi dan kawan-kawan daripada Sabah pun tak selalu galakkan kita yang semenanjung ni pergi tetambah kita ni student. Jadi, kondisi duit tu selalu jadi masalah pertama bagi kita. Bila dah dapat flight ticket RM500 ni, terus aku grab. 

   So bagi korang yang nak pergi Sabah dalam tempoh terdekat tiga hingga empat bulan, korang boleh la usha harga daripada sekarang. RM500 tu tiket daripada:

PEN-KL
KL- TAWAU
TAWAU- KOTA KINABALU
KOTA KINABALU- PEN



16 Jan 2020
   Percutian kali ni hanya melibatkan dua orang sahaja, aku dan kawan aku. Memandangkan kawan aku orang Sabah, jadi segala tempat yang kami nak pergi, aku biarkan dia uruskan 100%. Jadi, flight kami jam 8.40 malam untuk pergi ke Kuala Lumpur dan bermulalah episod kami merempat di surau airport sebelum kami naikk flight ke Tawau keesokkan harinya pada pukul 8.30 pagi.
   
   Untuk habiskan sisa waktu kitaorang di airport, macam-macam yang kami sembang tapi pada akhirnya kecundang jua sebab mengantuk ya amat sebab kami baru habis exam petang tu lepastu terus bersiap-siap pergi airport. Cuma tulah, aircond surau airport ni tak main-main la. Beku juga la kami. Oh btw, waktu ni, kami berempat. Biasalah kawan aku tu ramai betul kawan sampai pergi airport pun boleh jumpa kawan satu negeri dengan dia. Aku juga la yang sendu dan keseorangan tiada teman. Ok teruskan, tengah aku atur posisi nak tidur dalam surau ditambah dengan kesejukan yang melampau tu, tiba-tiba ada seorang makcik mana entah menjerit-jerit marah dekat semua yang ada dalam surau. Katanya surau tak boleh tidur la, tak boleh baring la, tak boleh bawa luggage masuk surau la dan sebagainya sampai aku memilih untuk bangun dan menatap muka dia dengan penuh kemarahan. Ape kau giler jerit jam 4.30 pagi? 

    Oh btw, budak Sabah memang suka borong roti gardenia bebanyak ke ? haha. Dan aku baru tahu depa juga suka borong kek pisang. Ok bye nanti I kena marah dengan kawan I sebab asyik condemn dia.

17 Jan 2020
   Flight kami dari KL-Tawau pada jam 8.40 pagi. Basically kami sampai lebih kurang 11.20 pagi. Awal 10 minit daripada apa yang depa habaq. Mungkin depa tau kami excited nak pergi bercuti, sebab tu awal sikit sampai haha. Sebaik sahaja kami touchdown, terus kami balik rumah, letak barang, mandi-mandi dan terus memulakan misi menjelajah Sabah! Tapi hari pertama kami, adalah tempat-tempat yang chill-chill je dulu.

   
Tempat pertama kami pergi adalah Tanjung Parapat
     


Parapat ni basically adalah tempat untuk kita bergambar je. Dia ada satu jambatan kayu sampai ke tengah laut dan dikeliling jambatan kayu ini ada banyak resort dan rumah atas air. Boleh la sekadar permulaan untuk menghitamkan muka sebab boleh tahan panas juga la dekat sini.

Next,
Pangkalan Bay


Masuk sini kena bayar rm1 dan tempat ni takde la luas mana. Sekadar untuk hang lepak lepak duduk atas buaian yang disediakan sambil tengok matahari yang agak terik pada ketika itu. Dan juga la kami masuk situ tiga minit sebelum kami berangkat pergi tempat lain haha. Tapi dekat sini, korang boleh juga buat bbq dan picnic bersama keluarga. Time kitaorg pergi tu, ada lah satu dua family tengah buat bbq dan berpicnic sambil anak-anak depa bermain berlari berkejaran seindah bunga ditaman gitu.





Next, 
Tampi-tampi.

Untuk hari ni, aku paling suka sebenarnya dengan tampi tampi. Masuk dalam tampi-tampi ni kena bayar rm2 sahaja untuk seorang dan hang boleh explore semua yang ada dekat kawasan ni termasuklah mandi di situ. Tapi, amaran disediakan. Mandi atas risiko sendiri. Tapi tak perlu risau sebab kawasan untuk mandi tu, dia dah bubuh jaring dekat kawasan sekitar tu dan ada life jacket disediakan kalau kau tak pandai berenang. Tapi mengikut pemerhatian aku, kawasan yang disediakan untuk mandi ni takde la dalam mana sebab budak-budak pun rilek depa ja terjun tak pakai life jacket. Tapi kalau takut korang masih ditahap tertinggi walhal dah disediakan life jacket dan berenang di kawasan yang dah dijaringkan, jangan risau, ada abang yang menjaga disitu untuk menjaga keselamatan korang. 

Sebab lain kenapa aku suka tempat ni adalah sebab tempat tu macam kawasan yang duyung kena kurung last last scene dia kena tangkap dengan awie and the geng tu hahaha. 



Sepatutnya kami mandi dekat tampi-tampi ni tapi sebab cuaca time tu macam nak hujan lebat, kami batalkan saja niat untuk mandi dan kami decide untuk duduk dekat meja yang disediakan di tepi-tepi tu. Korang boleh lepak lepak dekat situ sambil minum- minum sebab ada kedai makan yang bukak dekat situ dan korang juga boleh tengok bebudak laki Sabah jadi aquaman sebab depa boleh terjun  masuk laut dari tempat kami lepak tu. Nekad betul depa tu padahal tempat tu dah la tinggi. Tapi tulah, last la nak cakap, sampai kami balik dia tak hujan lebatnya pun.

Sebelah malamnya pula, dalam pukul 8 malam, kami nak pergi tempat santai-santai je taknak penat sangat sebab esok dan lusa kami akan pergi ke pulau-pulau. For sure akan letih teruk. Untuk malam ni, kami pergi pasar malam Semporna.

Pasar malam Semporna ni takkan ada satu saat pun yang hang akan terlepas pandang bab ikan bakar yang depa jual. Boleh dikatakan setiap gerai mesti dan pasti akan jual ikan bakar, sotong bakar, ikan pari bakar dan harga yang dijual pulak starting daripada harga rm8-rm15. Kiranya rm15 tu benda yang paling mahal la akan dijual dekat sini. Sangat-sangat berbaloi untuk makan disini tambah pulak kami yang memang dilahirkan dengan perut tongkang dan tak pernah kenyang ini, inilah tempat paling sesuai untuk makan dan melantak bagai tiada hari esok!





18 Jan 2020
    Ye kita punya timing semenanjung tak sama dengan Sabah Sarawak. Kita pukul 6 pagi pun masih gelap, yang dekat Sabah ni pukul 6 pagi pun dah boleh tahan cerah dia macam dah pukul 10 pagi siap dengan pakej ayam berkokok. Aku ni kunci la jam pukul 7 pagi untuk bangun sebabkan aktiviti pada hari ni start jam 8.30 pagi. Kira dah cantik dah tu timing untuk siap apa semua lah. Sekali aku bangun, aku tengok tingkap, dah terang benderang macam pukul 10 pagi. Aku tengok sebelah kawan aku masih tido siot! Aku dah cuak ni, takkan dedua lajak tido kot. Aku pun pelik kenapa jam loceng tak bunyi. Kalau bunyi sekalipun, takkan la kawan aku tak sedar kot? Aku pulak tak terfikir nak tengok phone jam berapa time tu. Aku tengok member masih tido, aku pun hentam tido semula. Aku macam dah pasrah giler harini punya plan nak gi pusing pulau hancur macam tu je. Sekali dalam 10 minit macam tu, jam loceng aku baru je berbunyi jam 7 pagi hahahah. Baru la aku terhegeh-hegeh cari phone aku terselit celah mana. Rupanya baru jam 7 pagi. Aku ni pepagi lagi dah boleh kena heart attack disebabkan hari dah terang benderang macam tu. Lepastu cepat cepat la aku lompat daripada katil gi mandi sebab takut hari tu tak dapat pusing pulau.

   Aktiviti pada hari ini, kita akan terjah pulau-pulau yang ada di Sabah ni untuk dua hari sehinggalah kita muntah untuk turun laut lagi. Untuk pergi ke pulau-pulau ni, ada banyak pakej pakej yang disediakan lah di Jeti Pelancongan Bangau-Bangau Semporna. Ada banyak servis untuk ke pulau yang disediakan dan kami guna Buddies Tourism Semporna. Kami booking dengan abang ni sebulan sebelum tarikh kami nak datang Sabah. Bayar pulak on the spot pagi tu.

   Segala perjalanan start pada pukul 8.30 pagi mengikut nasib, sebab mengikut kata abang


 "Di semenanjung, kita sesak dengan kereta tapi dekat Sabah, kita sesak dekat atas air dengan boat boat ni."


Macam kami harini, boat kami tak dapat parking haha so perjalanan kami start lambat la. Tapi kami pelik kenapa sampai jam 9 pagi boat kami masih tak jalan. Cuaca dah la terik. Tunggu punya tunggu, akak tu pun datang dekat kami 

 "Korang tunggu kejap eh. Harini korang bernasib baik sebab korang satu trip dengan artis. Bergambar la kaw puas puas"



Wah, dia rasa macam bertuahnya kami sebab kami tak tukar pakej ni kepada hari esok sebab mengikut planning, kami nak pergi pulau yang lain sebelum pergi ke pulau yang ini. Pakej yang kami amik ni akan membawa kami ke tiga pulau iaitu Bohey Dulang, Sibuan dan Matabuan. Harga pakej ni rm80 seorang. Murah dan berbaloi.

So aku dengan kawan aku naik satu boat dengan satu family untuk pergi ke tiga pulau ni. Memula rasa janggal ah jugak. Tapi lepas lepas tu, terus panggil member je macam dah lama kenal. 

Perjalanan nak ke Bohey Dulang ni amik masa dalam 40 minit jugak nak sampai ikut arus tu deras ke tak. Kalau deras, akan memakan masa sampai 1 jam 15 minit sebab katanya kita boleh melambung jatuh ke laut. So, hari tu arus boleh tahan deras, boat pun tak boleh nak bawa dengan laju. Sepanjang perjalanan tu boleh tahan nak tertidur jugak la kita sebab lama betul. Ko dah habis stok cerita pun belum tentu sampai lagi ke Bohey Dulang tu. Tapi bila dah sampai, bangun bangun je daripada tempat duduk, punggung tu dah leper dah haha.


Bohey Dulang ni memang tempat untuk kita hiking. Daripada atas, kita akan nampak seluruh kawasan yang sangat biru dan sangat cantik. Tapi, nak naik ke atas bukan mudah. Mencabar juga untuk orang orang yang tak selalu hiking macam kita ni. Bohey Dulang ni hanya 700 meter dan memakan masa 45 minit sahaja. tapi jangan dia tak mudah. Memang kena mendaki dan cacak sehingga 70 darjah. So sangat segala pinggang kaki semua ni. Aku yang naik ni pun siap nak muntah, pengsan cirit semua ada. Sampailah aku fedup, aku cakap dekat abang tu


"Bang saya nak turun bang. Saya nak tercirit sangat dah ni"

"Serious ka kau mau turun? Mau sampai sudah ni. Sikit saja lagi. Nanti dah sampai atas, hilang segala sakit perut kamu tu"

So aku pun gagahkanlah diri naik lagi 200 meter tu. 200 meter pun ada benti, ada pening ada datang balik rasa nak cirit tu. So, aku naik la cepat-cepat sikit biar hilang segala sakit tu. Bila sampai dekat atas tu, masyaAllah. Betul. Segala sakit perut semua hilang sebab view dekat atas sumpah cantik giler bapak rasa nak jerit!





Sambil sambil aku nak hilangkan pening tu, aku jalan la slow slow dekat atas tu sambil tengok pemandangan sambil tangkap gambar la. Sekali Mimi tegur aku

"Eh, dah tak pucat dah muka dia"

   Lepastu aku malu, aku terus tersengih-sengih lepastu gi duduk dekat tempat reduh sesenyap. Dah kita rehatkan diri 10 minit dekat atas ditambah dengan tangkap gambar ape semua tu, kita pun turun lah dengan pantas sebab kita nak gi snorkeling pulak. Badan dah berpeluh-peluh ni, kita pun rasa tak sabar la nak gi mandi manda. Tapi sebelum tu, kita singgah Matabuan untuk makan tengah hari. 

   Di Matabuan ni, abang tu tak galakkan kitaorang mandi sebab pulau ni kecik, jadi keliling pulau memang boat akan benti. So, untuk elakkan sebarang kecederaan mana tahu tengah tengah menyelam mandi tiba ko timbul semula, kepala ko dah dibawah enjin boat. Mati kering begitu jelah ko. Jadi, dia kasi kitaorang makan disitu sebelum kita gerak ke Sibuan untuk snorkeling. Oh ya lupa, kalau kita amik pakej dengan depa ni, kita akan dibekalkan makanan dan minuman. Makan tu sekali jelah tapi air yang depa sediakan tu, kita sekali togok air lepastu kita lupa mana kita letak air, kita boleh gi amik baru. Punya la banyak depa sediakan untuk kita. Seingat aku, aku minum banyak gak air, tak habis habis juga air yang diaorang sediakan tu. 

   Dah makan lebih kurang 15-20 minit macam tu, semua dah cuci tangan apa semua. Kami pun teruslah gerak ke Sibuan untuk snorkeling. Ada tandas disediakan kalau korang rasa korang nak tukar baju tudung apa benda semua. Jangan risau, ko nak gi tandas tukar baju pun, abang akan ikut korang. Ko tukar baju 10 minit pun, dia tercongok jelah tepi tu tunggu ko tukar baju. Tapi, salah satu hal yang dia ikut korang gi tandas adalah sebab pulau ni sebenarnya perlu permit untuk masuk. So, askar askar yang menjaga tu pondok diaorang betul betul sehala dengan tandas, so abang tu ikut untuk tunjuk permit kita pada depa tu. Dah perlu diingatkan, disini adalah dilarang sama sekali untuk bermain drone. Diaorang cakap dilarang main drone, yang aku ni punya takut, sampai camera pun aku takut nak main haha. 


Ni air ke cermin siot jernih giler!
Bila dah settle tukar baju ape benda semua, oh nak citer sikit, pasir dekat pulau ni sumpah panas macam ko willingly bubuh kaki ko dalam kawah minyak panas yang tengah menggelegak dan bersiap sedia untuk goreng kaki ko. Haa begitulah apa yang kami rasa bila kami jalan kaki gi tandas tu. Entah kenapa kami malas betul nak pakai selipar. Haa malas malas, kan dah menyesal tak pakai selipar! Tapi boleh pulak lah abang tu dok sedapkan hati kami bila kami dok ulang ulang kaki kami ni panas

 "Jalan atas pasir panas ni bagus la. Dia lancarkan peredaran darah dekat kaki kita"

Kami pun berhuhu kepanasan jelah pergi tandas. Dah settle tukar baju ape semua. Kami naik boat semula untuk pergi ke tempat snorkeling tu. Sumpah aku cakap, Sibuan ni cantik nak mampos. Tapi tulah, untuk orang yang takut laut dalam macam aku dan member, kami ni dah pakai life jacket pun masih macam nak lemas haha. Memula lepas kawan aku terjun, aku pun terjun la, tapi tak sampai 2 minit aku berenan melihat ikan-ikan, aku dengan sepantas kilat dengan rela hati bagi tangan aku dekat abang supaya dia pegang aku sebab aku rasa macam aku dah tak mampu nak imbangkan badan aku. Aduh memalukan sungguh. Lepastu member pulak turun snorkeling, member tu baru tercelup kepala dah naik semula boat sebab katanya dalam betul. Sampaikan abang tu bawak keluar pelampung untuk kami berdua, baru kami berdua macam orang sikit. Oh ya, aku sebenarnya bukanlah takut laut dalam sangat, aku cuma tak reti bernafas guna mulut. Jadi, aku berjaya celup untuk 2 kali nafas guna mulut, lepastu aku naik semula sebab aku bernafas ikut hidung. Bayang ikan pun aku takdan nak nampak, dah aku naik. 

   Tapi seriously, you gais memang patut datang Sibuan sebab memang nice teruk view nak nangis.




19 Jan 2020
   This is day two kami pergi ke Pulau. Pakej harini berharga rm70 seorang dan akan membawa kita ke Pulau Mabul dan Kapalai. Haa harini aku bangun lebih awal daripada jam loceng aku sebab aku taknak kejadian sama berulang kembali. Apo pepagi dah sakit jantung tengok luar dah terang benderang lepastu semua plan hang hancur?

Kami sampai ke Jeti awal 10 minit lepastu sebabkan awal sangat, kitaorang pun berlegar-legar la dekat situ pusing sana pusing sini tengok boat dok huru-hara tengah bersesak sesak cari parking ape semua aduh lawak betul la kawasan ni. Aku masih takleh move on bila abang tu cakap sini bersesak dengan boat nak cari parking.

Dalam dok kami menunggu tu, tiber abang tu muncul entah dari mana bagitahu kami


"Haa harini korang berdua satu boat dengan artis."

Walaupun semalam kami dah geng dengan depa, tapi bila harini kena naik boat sekali dengan depa, dia punya nebes tu bukan main ye berdegup kencang sampaikan kami berdua terdiam membisu sepanjang perjalanan nak pergi Pulau Mabul tu. Ko tahu nak pergi Pulau Mabul tu mengambil masa 1 jam , selama 1 jam tu lah kami berdua duduk tersipu malu dekat atas boat tu.

Nasib menyebelahi kami, mungkin sebab sunyi sangat boat kami, tiba-tiba sorang-sorang start bermain teka-teki. Mungkin sekadar memanaskan badan sebab tengok kami berdua macam menikus je dekat depan tu haha. Main punya main teka-teki tu, dan jugak la kita dikutuk sebab kita tak dapat jawa teka-teki depa. Sekarang kami menyesal habaq kami sambung study dekat mana sebab setiap kali tak dapat jawab, depa akan buat malu budak Universiti je hahaha aduh.

So, selepas satu jam merenung nasib diatas boat ibarat seorang nelayan hendak pergi mencari ikan di tengah laut, kami pun sampai la ke Pulau Mabul 



Tapi sebelum pergi ke Pulau Mabul untuk snorkeling, kita akan stop sekejap dekat Kampung Bajau Laut. Kita memang akan stop dekat satu jambatan ni. Walaupun ianya kelihatan seperti akan roboh dek berat badan ko yang melampau tu, tapi Alhamdulillah jambatan tu masih kukuh sepanjang aku berjalan di atasnya. 

Di Kampung Bajau Laut ni, kita sekadar pergi jalan-jalan tengok perkampungan depa, apa depa buat, apa depa jual apa semua. Tapi, korang kena berhati-hati. Diaorang pantang nampak pengunjung. Diaorang akan datang dekat korang dan mintak duit dekat korang. Kalau korang melayan, korang kena bagi. Sebab tu ada bagusnya kalau ko nak datang bercuti dekat sini, ko datang dengan orang Sabah sendiri ataupun jangan berpisah dengan abang. Sebab abang tu akan bagitahu depa supaya jangan kacau kita. Sebab dengan orang sendiri, memang diaorang takut. Tapi jangan la korang pun takut dengan diaorang. Dioarang cuma budak-budak je pun. Korang sengih-sengih taknak bagi pape pun diaorang faham.

Dekat sini jugak ada kedai kedai jual mutiara dan cengkerang. Ada jugak jual cengkerang macam yang untuk panggil duyung tu haha aku beli. Harga pun murah murah, yang kecik rm1 sehingga yang besar rm20 je. Berbaloi jugak untuk dibeli la.



Dah habis pusing-pusing, bergambar apa semua, kita makan tengah hari dan kita pergi tempat untuk snorkeling tu. Tapi nasib tak menyebelahi kami sangat pada hari ini, ombak sangat sangat kuat dan langit pun nampak macam nak hujan. Disebabkan ombak kuat, ikan pun tak berada nak ada. So semua naik atas boat dan setuju untuk pergi ke Kapalai terus sebab situ lebih best untuk snorkeling berbanding di Mabul.




               
Sekitar gambar di Pulau Mabul

Gem mcm selalu




Member gem 2.0

Tapi, untuk pergi ke Kapalai bukan mudah! Korang takkan senang-senang dapat masuk ke Kapalai. Macam kitaorang, memandang kitaorang gerak dengan geng Mimi One Nation Emcee, Farish ape semua, jadi kami masuk berkat depa jugak la. Tapi tulah ombak dekat sini pun kuat so semua takleh snorkeling jugak haha padahal semua nak terjun laut dah. Last-last semua bersidai dekat resort tu sampai jam 4 petang chill-chill gi minum air ape semua yang disediakan. Tapi best la bersidai tu pun, sebab pemandangan kita semua biru ja. Udara pun best. Kita yang dah basah snorkeling sebelum tu bila kena angin rasa nak tido jelah haha.







20 Jan 2020
   Sebenarnya, dalam banyak-banyak hari aku dekat Sabah ni, aku sebenarnya excited untuk hiking Bukit Tengkorak dan pergi Muzium Bukit Tengkorak ni. Aku rasa disebabkan jiwa aku yang sukakan sejarah dan aku merupakan budak arkeologi dan Bukit Tengkorak ni merupakan salah satu kawasan ekskavasi arkeologi. So aku paling excited untuk tengok kawasan Bukit Tengkorak ni. Bukan main aku cakap dekat kawan aku sebelum aku datang sini


"Hampa nak apa dekat Bukit Tengkorak? Tembikar? Pasir? Boleh aku amik nanti"

Sebelum hiking, kami masuk dulu Muzium Bukit Tengkorak tu. Muzium tu dibina selepas tapak tu depa jadikan tempat arkeologi. So segala jumpaan di Bukit Tengkorak, depa akan letak di Muzium Bukit Tengkorak tu. Tapi aku selaku pencinta muzium, aku agak kecewa la tak ramai pun orang gi muzium. Sama ada jalan nak masuk sini susah, ataupun orang memang tak sukakan sejarah, aku pun taktahu la. Tapi sayanglah benda yang best untuk diambil tahu dipandang sepi je. Ada lah dalam 10-15 minit aku dalam tu, setiap sudut dalam muzium tu ada lah nama lect arkeologi aku haha.

Kami start hiking jam 10 pagi macam tu sebab hiking Bukit Tengkorak ni takde la tinggi mana pun. Dalam 10-15 minit je boleh sampai. Yang buat lambat tu sebab kami di pondok kedua kami hentam makan mee goreng karipap apa semua. Jadilah 30 minit kami dekat situ haha. Oh peringatan untuk semua, Bukit Tengkorak ni takde guide apa semua ya. Nanti kalau korang panjat lepastu bertembung dengan orang yang kata dia guide dekat situ, dia akan ikut korang apa semua, lebih baik lah korang hentam cakap Sabah dan cakap korang selalu datang situ.  

Bila dah sampai atas tu, korang akan  nampak kawasan tu penuh dengan lalang yang meninggi. Haa time tulah korang perlu tangkap gambar sebab memang cantik giler. 


  

Dah bergambar gambar, berehat atas tu, kita naik pula Mulut Buaya sebab katanya batu ni seperti mulut buaya yang tengah menganga mulutnya. Nak naik dekat Mulut Buaya ni bahaya sikit sebab dia terus curam dan batu dia agak licin, so korang kena hati-hati sikit. 

    Ni la yang dipanggil Mulut Buaya. Yang gambar kedua pulak pemandangan daripada Mulut Buaya


Tapi sayang betul, batu batu sini dah diconteng dengan benda bebukan. Vandalisme teruk. Kecewa juga sebab tempat yang patut dijaga supaya boleh dijadikan kawasan pelancongan, dirosakkan macam tu je.

Sape Roslan baik ngaku cepat!
Selepas penat-penat hiking makan ape semua. Kitaorang terus balik sebab nak bersiap-siap untuk gerak ke Kota Kinabalu untuk next destination! 



                                                      

Daripada Tawau nak ke Kota Kinabalu memakan masa lebih kurang 45 minit. Touch down je kitaorang dekat KK, terus kitaorang pergi Pasar Malam Tanjung Aru sebab lapar giler. Jangan terkejut datang sini lepastu nampak kerang semua besar nak mampoz.



Korang boleh beli beli makanan ape semua dan pakai dekat tepi pantai sebab bebetul sebelah tu dah pantai. Boleh la feeling-feeling sambil ditemani derungan ombak yang menampar nampar pasir pantai. 

Malam tu, kitaorang tidur di rumah anak buah kawan aku. Sampai sampai je semua terbongkang sebab letih hiking ape semua dan nak kumpul tenaga untuk terjah tempat esok!

P/s: Gonna make part 2 untuk tempat di Kota Kinabalu!