Ahad, 12 Ogos 2018

Tempat Makan Menarik di Ipoh

ASSALAMUALAIKUM.

Hi semua. Hari ni aku nak cerita tentang makanan yang best di Ipoh. Aku baru balik bercuti di Ipoh dengan kengkawan aku minggu lepas. Nak cakap banyak sangat tempat makan yang best yang aku pergi tu tak lah, tapi boleh lah sekadar untuk update blog ni.

Makanan 1:

                                                                                 Nan Cheese

Rata-rata orang yang dapat ke Ipoh mesti nak try Nan Cheese yang sekarang ni tengah famous. Aku pun pergi sebab restoran ni asyik menjengahkan diri di timeline timeline sosial media aku. Jadi aku pun pergilah.

Pada permulaannya, aku fikir dia restoran melayu tapi aku waze punya waze, dia membawa aku ke kedai mamak. Aku pun pelik betul ke kedai ni kan. Bila tengok signboard kedai dia, haa betul lah tu.

Hendak diingatkan. Kedai ni memang ramai giler orang. Like seriously ramai ramai terok orang. Kalau engkorang nampak je meja kosong, engkorang lari je cecepat ke meja tu. 

So, satu pinggan nan cheese ni berharga rm7. Kami order 2 pinggan kongsi 4 orang tapi tu pun tak habis sebab kenyang. Jadi, kami bungkus bawak balik hotel, makan sambil tengok drama Jangan Benci Cintaku.

So, pada sesiapa yang nak datang sini, aku memang syorkan pada engkorang. Sebab makanan dia sedap. Cheese pun banyak. Harga pun berpatutan. 



Tempat Makanan 2:



Ok ni pulak dekat Art of Old Town. Kami tengah jenjalan dekat situ tengok kiri tengok kanan sekali nampak kedai Coolegend. Tak pasti sama ada kedai ni baru nak berkembang ataupun dah lama ada sebab dekat tempat aku takde coolegend lagi. 

So, benda pertama yang aku nampak adalah aiskrim charcoal dia. Dia macam menarik betul sekali pandang, dua kali pandang, tiga kali pandang. 

Lama juga lah kami berfikir nak beli ke tak. End up, kami pun beli lah satu sekadar nak merasa kongsi sikit sikit dengan semua. 

So, satu ais cream charcoal ni berharga rm9.90. Dia ada 3 saiz ais cream ni. Small, mediam dengan apa lah entah satu lagi saiz. Setiap saiz harga yang berbeza beza. Tapi saiz small ni pun dah cukup besar bagi kami sebab sampai ke kereta juga lah aiskrim ni tak habis habis padahal kereta jauh lah jugak kami parking.











Tempat Makan 3:
                                
               KUMA RAINBOW CHEESE TOAST



Ok ni pun salah satu makanan yang famous di Ipoh. Mendapat nama disebabkan oleh roti bakar pelangi, makanan ni pasti dicari cari oleh pengunjung tatkala mereka mengunjungi Ipoh.

Harga roti bakar pelangi ni RM13.90 dan berbaloi dengan makanan yang kita beli. Roti dia sangat sangat tebal dan cheese pun banyak. Dah beli tu, makan cepat cepat sebab dia sedap bila makan panas panas. Dan of course, untuk tangkap gambar waktu kita tarik roti tu huhu.


Untuk info lanjut, bolehlah tengok video ini: Makanan Menarik di Ipoh

Jumaat, 10 Ogos 2018

Tempat Menarik Di Ipoh

ASSALAMUALAIKUM

Siapa je yang tak suka travel bukan? Ipoh merupakan salah satu destinasi pelancongan yang digemari ramai. Trip kali ini membawa aku ke Ipoh selepas aku merancang bersama kawan-kawan aku hampir 2 minggu. Untuk students yang memerlukan short trip bersama kawan-kawan anda, aku syorkan korang datang Ipoh kerana Ipoh adalah sesuatu bandar yang cukup menarik untuk diteroka.

Memandangkan kami bertolak pada pukul 5.30 petang, kami sampai di Ipoh pada pukul 8 malam. Aku juga telah terlepas drama pukul 7 petang time tu. Kami berehat sekejap dan dalam pukul 8.30 malam kami keluar.

Tempat pertama yang dituju :

                                                                                                GERBANG MALAM

Gerbang malam ni ibarat macam uptown yang menempatkan banyak gerai gerai kecil seperti pakaian, makanan, minyak wangi dan sebagainya. Harga yang ditawarkan juga murah dan berpatutan.

Memandangkan lokasinya yang agak strategik, maka ramailah pelancong dari luar yang datang kesini. Korang juga boleh datang sini untuk mencuci mata melihat pelbagai barangan yang menarik yang terdapat disini. Gerbang malam ini dibuka dari jam 6 petang namun kebiasaannya pengunjung mula membanjiri pasar ini bermula jam 8.30 malam. Gerbang malam ini juga dibuka setiap hari. Jadi, bergasak lah hampa.












Tempat menarik untuk dikunjungi :

                                                                                                     KINTA RIVERFRONT



Pada waktu malam, Kinta Riverfront menjadi salah satu tempat lepak untuk para pengunjung pada waktu malam. Mungkin lepas anda pergi Gerbang Malam, beli makanan sikit, pastu datang sini untuk lepak. Serious nice tempat ni.

Kinta Riverfront sering menjadi kunjungan pengunjung kerana terdapat lampu LED ala ala tempat yang ada di KL. Kinta River walk ini juga mempunyai jalan yang panjang di sepanjang sungai Kinta untuk pengunjung yang ingin mengayuh basikal di sini.

Tapi disebabkan kami datang pun hampir nak dekat tengah malam, memang dengar bunyi cengkerik je.



Tempat menarik untuk dikunjungi:

                                                                             Art of Old Town & Ipoh Heritage Trail



Art of Old Town juga merupakan salah satu destinasi wajib. Tempat ni ala-ala Penang sebab dia berkonsepkan mural. Jangan terkejut kalau datang sini, mural yang anda tengok semuanya besar. Iye, mural depa memang besaq sampai jenuh jugak nak tangkap gambar. Tapi semua mural dia cantik terox gais.



Tempat menarik :

                                                                                                  GUNUNG LANG


        Gunung Lang juga menjadi destinasi kami dalam trip ini. Gunung Lang hanya terletak kira-kira 6 km dari bandaraya Ipoh. Taman rekreasi ini sesuai buat mereka yang menyukai tempat yang santai untuk menikmati keindahan alam semulajadi.

 Di taman rekreasi ini terdapat tasik dan dikelilingi dengan bukit batu kapur. Lokasi ini juga tidaklah terlalu sesak dengan orang ramai. Sedang sedang sahaja.

Harga tiket menaiki bot hanyalah RM3 untuk dewasa. Bot ini akan membawa kita ke seberang kerana di seberang juga mempunyai landskap yang cantik dan terdapat satu menara. Jika anda naik ke atas menara tersebut, kita akan nampak satu kawasan taman rekreasi tersebut. Recommended untuk semua yang sukakan ketenangan dan kehijauan alam.



Tempat menarik untuk dikunjungi:


                                                                                               KELLIE CASTLE





Haa kalau korang minat tempat tempat bersejarah, Kellie Castle lah destinasi yang wajib anda pergi. Kellie Castle terletak di Batu Gajah. Walaupun Kellie Castle ini telah berusia hampir 107 tahun, istana ini yang mula dibina pada tahun 1905 ini tetap terus kukuh berdiri di puncak bukit.

Kellie Castle dibuka sehingga jam 6 petang dan harga tiket adalah rm5. Tapi kami sampai pukul 5.25 petang time tu, lepastu cashier tak bagi masuk sebab katanya rugi lerr kalau masuk sebab sekejap sangat. Nak naik tangga tu ingat senang ke.


Tempat wajib untuk dikunjungi:


                                                                                                         TASIK CERMIN





Untuk sesiapa yang menonton filem Pinjamkan Hatiku, mesti tahu yang ini merupakan salah satu lokasi shooting mereka. Kalau depa tak shooting dekat sini, aku pun taktahu yang tasik ni wujud,

Ok sebelum tu, nak cakap. Jalan nak menuju ke Tasik Cermin ni agak susah. Sebelum ni aku google mengatakan yang tasik ni ditutup kepada umum atas sebab sebab batu kapur tu jatuh kena tempat pejalan kaki tu.


 Tapi semangat anak muda, mestilah nak pergi juga. Kalau korang pertama kali pergi ke sini, aku syorkan korang waze Da Seng Ngan Temple sebab tokong ni memang satu jalan je dengan Tasik Cermin. Selepas melepasi tokong ni, jalan yang korang akan lalui agak berliku. Jalan dia kecik muat satu kereta. Kitaorang haritu pun terpaksa undur lepastu ketepi sikit sebab nampak kereta dua dekat depan macam tengah berperang sape nak jalan dulu huhu.

Jalan nak masuk ke sini juga agak berlubang. Bukan berlubang biasa yang boleh kita elak. Ni lubang dalam betul sampai kereta pun rasa macam nak terbalik. Nasihat saya, bawa kereta time tu hati hati. Tengok juga kiri kanan sebab sampai satu jalan tu, ada tasik kecik je, jalan tu memang betul sempit sampai aku berpeluh peluh dekat situ sebab takut kereta terbalik.

Korang kena ikut je jalan masuk tu sampai la di kanan korang nampak sebuah kawasan lapang dan ada palang kuning di hadapan. Ada juga rumah kosong di situ. Engkorang kena parking kereta elok elok dekat depan tu sebab jalan nak parking tu pun sempit juga. Dah elok parking, korang kena jalan redah hutang dalam 5-10 minit juga tapi mengah lah jugak. Dah melepasi hutan, korang akan bertembung sekali lagi dengan satu kawasan lapang. Kawasan tu dikelilingi dengan bukit bakau batu kapur. So, korang kena jalan depan lagi sikit sampailah korang jumpa satu terowong kecik. Jaga jaga, terowong tu agak gelap dan panjang, bukaklah flash sesiap.

Maka segala penat lelah meredah itu ini, akhirnya korang akan sampai ke Tasik Cermin. Tasik Cermin ini berada di tengah tengah gunung. Senang cerita, kalau diaorang tak tebuk buat terowong, kita pun takkan tahu ada tasik di tengah tengah gunung ni. Tasik ini agak cantik. Tasik ini diberi gelaran Tasik Cermin kerana airnya yang tidak berkocak dan anda akan melihat pantulan gunung ganang melalui tasik ini. Kerana itu ianya digelar Tasik Cermin.

Untuk yang sukakan adventure, Tasik Cermin ini patut masuk dalam list korang!.

Untuk info lanjut, korang bolehlah pergi tengok video niTempat Menarik di Ipoh