Day 3
Hi kepada semua pembaca blogku. Sambungan daripada pt 2 Medan, Indonesia. Lets go!
Untuk harini, kami dah diberitahu oleh pak supir yang kita akan breakfast pada jam 8 pagi dan check out before 9 pagi. Semalam akibat diganggu hantu, terus semua orang pukul 11 malam dah gone ye. 😆 Kalau ikut jam Malaysia, kami tidur pukul 10 malam maksudnya. Setakat ni, tak pernah dibuat kami lah tidur awal sebegitu tambah-tambah pulak kalau berkumpul macam ni, memang akan tidur lambat la. Thanks to hantu sebab ko lah kami tidur awal. Lepastu semalam tidur kaki sebelah keluar daripada selimut lepastu aku takut kalau hantu tu geletek tapak kaki aku, terus aku selimut je dedua kaki aku walaupun aku panas.
Kami pun bangun pada jam 7 pagi dan terus bersiap-siap dan kemas terus bag sebab kami akan check out hotel berhantu ni.
Oh btw, mangkit pagi jam tujuh tu, kaki masih dalam keadaan sihat walafiat. Agak impress dengan kaki sendiri kerana walaupun setahun berehat daripada hiking lepastu tiba-tiba pergi hiking, kaki masih lagi kuat dan tidak sakit.
*Bekpes Day 3*
After bekpes, kami pun terus check out dan terus tertidur di dalam kereta 😆
Untuk harini, kami bertolak pergi ke Sarune Coffe and Eatery yang memakan masa hampir 40 minit sahaja tapi untuk ke cafe ni memang nauzubillah lah jalan dia, berlubang sana sini. Tu sebab yang tidur pun sekejap je.
Pak supir pun cakap, dekat sini ada gunung yang masih aktif iaitu Gunung Sinabung. Memang cantik giler kalau kita tengok. Gunung Sinabung ni merupakan sebuah gunung stratovolkano dan ketinggian sehingga 2400 meter. Gunung Sinabung ni dah lama tak meletus tapi tiba-tiba kembali aktif pada tahun 2010. Dan kawasan sekitar Gunung Sinabung ni memang kaya dengan hasil tanaman sampai kami cakap dekat pak supir;-
"Jom kita curi satu jom pak."
"Ngak boleh dik. Sini ilmu hitamnya kuat."
Baru kami semua tahu disini penggunaan ilmu hitamnya kuat. Kami semua terus terdiam, niat asal cuma mahu bergurau je tapi bagus juga pak supir bagitahu apa yang berlaku disini. Dan sepanjang kawasan ini juga, ada banyak giler kubur kaum Batak. Ada kubur yang macam ofis, ada kubur yang tiba-tiba ada macam gelongsor. Kami sebenarnya kagum dengan apa yang diaorang buat walaupun itu hanya semata-mata kubur.
Dah habis bersembang tu, lah kami pun akhirnya sampai ke cafe:-
Sarune Coffee and Eatery.
Sumpah sini memang cantik giler dengan bunga color pepel walaupun kami taktahu tu bunga apa tapi tetaplah kita kena impress dengan apa yang ada didepan mata kita.
Di cafe ni, memang menjanjikan pemandangan yang cantik sebab kita boleh nampak Gunung Sinabung tadi lepastu makanan dan minuman pun sebenarnya not bad. Harga pun actually quite murah.
After dah minum-minum, kami pun terus pergi ke tempat bunga pepel untuk bergambar seperti kebiasaan manusia yang datang ke sini. Dekat sini memang ramai giler manusia, jadi kalau nak bergambar nampak kosong tu, memang kena banyak bersabar sikit la.
Sesudah habis bergambar disini pak supir pun cakap kita akan pergi lunch. Sebenarnya ini yang paling ditunggu-tunggu sebab kami lapar nasi. Daripada cafe ni nak pergi ke restaurant untuk lunch tu memakan masa hampir satu jam juga. Jadi dikesempatan ini juga lah kami gunakan untuk tidur... lagi...
Tengah sedap tidur, tiba-tiba pak supir berhentikan kereta, kami pun tanya kenapa berhenti,
"Sini Fruit Market dik."
Fruit Market Berastagi.
Okay kami pun turun daripada kereta dan membelilah juga. Tapi aku sebenarnya cukup suka dengan buah avocado dia. RM2 je lebih kurang untuk sebijik buah. Aku ni kalau tak fikir pasal lepas kastam ke tak, memang aku borong je. Sekejap sahaja berhenti di sini sekadar beli strawberry dan mangga macam dekat Malaysia takde pulak en hmm.
*I lurve avocado*
Kami pun menyambung perjalanan sikit je lagi untuk ke:-
Restaurant Ayam Penyet Cindelaras Sibolangit.
*I lurve ayam penyet*
Memang tak cakap banyak, sampai-sampai terus semua senyap makan nasik sebab lapar giler-giler. Time makan ni, kami semua barulah rasa macam kaki mula sakit-sakit sebabkan hiking semalam. Terus kami planning nak pergi mengurut. Sebegitu sekali kami lemah. 😆
Dah habis makan apa semua, kami pun bergerak ke satu tempat shopping batik. Kami sebenarnya dekat sini tak boleh mengawal diri sendiri nak nak pulak memang kami semua simpan duit, tak guna sampai lah untuk hari shopping. Jadi, kami semua dah macam kerasukan membeli dan memborong. Kena pula kami ni jenis pandai tawar-menawar, memang kaw-kaw lagi lah kami dapat. Aku ni sampai tak boleh nak beli barang sendiri sebab aku kena ada dengan member aku sebab member semua tak pandai nak tawar-menawar. Boleh kata daripada jam tiga petang sampai dekat pukul lima petang lah kami dekat kedai batik tu. Sayang giler kitaorang langsung tak ada gambar bershopping or kerasukan disitu sebab masing-masing busy. Kedai tu pula memang kami tak nampak signboard or anything sebab kami tengah sedap tidur, tup tup pak supir suh turun untuk shopping.
Dah habis shopping sakan, kami pun check in our last hotel iaitu:-
Grand Impression Hotel.
Untuk hotel ni, pun agak baik dan lebih selamat berbanding hotel dekat Berastagi semalam yang membuatkan kami semua cuak. Dapat je kunci bilik, kami terus bertanya dekat pak supir:-
"Pak, boleh ke bawak kami pergi mengurut?"
"Bisa"
Ya udah, pak supirnya pun bawak lah kami pergi mengurut pulak sebelum kami dinner bakso dekat sebelah hotel kami je sebab kami dah request nak makan juga bakso. Maka, sampailah tempat mengurut dan mengurut dalam keadaan kesakitan hahaha.
Mengurut disini boleh dikatakan berbaloi juga sebab untuk full body, harga dikenakan 350 ribu rupiah bersamaan RM90 untuk dua jam ye manakala untuk half body iaitu kaki sahaja, harga dikenakan 250 ribu rupiah bersamaan RM65 sahaja untuk dua jam juga.
Aku sepanjang mengurut tu asyik lah dok adeh adeh adeh macam hanat sebab badan kaki aku memang sakit gila lepas hiking tu. Sampaikan tukang mengurut tu tegur sakit sangat ke dia mengurut tu? Aku pun terpaksa cakap yang kami semua ni baru habis hiking, itu pasal semuanya sakit.
Right after mengurut, dah lega, dia bagi kami teh halia. Ye, menyengat sampai ke otak.
*Teh halia*
Okay masa yang ditunggu-tunggu sudah pun sampai, makan bakso!!!
Kami semua order Mie Sup Bakso + Bakso Besar, memang tak lepaskan peluang untuk makan dan harganya cuma 29 ribu rupiah sahaja bersamaan RM7.50 sahaja! Ni kalau dekat Malaysia, harga boleh pergi sampai RM15 tau. Betapa kami kira-kira harga Indonesia dan Malaysia sambil menangis betapa sedapnya bakso ini.
Untuk air, aku order air avocado yang memang merupakan buah fav aku juga lah. Harga untuk air avocado ni cuma 10 ribu rupiah je siot! Bersamaan RM2.60 sahaja! Hey tolong eh kalau dekat Malaysia, air avocado ni boleh pergi harga RM12 tau sebab tu yang aku jarang minum air avocado. Time baca menu dan sambil tekan kalkulator, aku masih tak percaya harga dia cuma 10 ribu rupiah sahaja. Aduh hirup air avocado yang sedap ni sambil menangis lagi.

*Ni pun sedap walaupun kami taktau nama dia apa. Isinya macam tauhu dan ada ayam bakso tu. Overall makanan kami 10/10 preghh*
*Macam biasa, Indomaret*
*Menghabiskan buah-buahan tempatan yang kami beli di dapur hotel, meminjam pisau, pinggan dan sebagainya. Last-last kenyang, kami bagi pekerja situ pulak makan.*
Dah habis segala macam, kami pun naik bilik dan mengemas apa yang patut sebab esok kami check out dan berangkat pulang ke Malaysia.
✈ 14 Ogos 2025
Day 4
Untuk tentatif hari keempat, memang tak banyak tempat kami pergi. Jadi, pak supir cakap kami boleh breakfast pukul berapa yang kami nak, asalkan kami siap check out jam 10 pagi tapi sebabkan dah terbiasa bangun awal, pukul 8 pagi kami semua dah siap dan pukul 8.30 kami dah turun ke cafe untuk bekpes.

Instagram :- sr.alissa
After bekpes dan check out jam 10 pagi, kami terus bertolak mengambil kek yang kami order semalam yang katanya memang wajib orang beli. Kami pun beli satu bekas, potong empat orang ye dekat rumah yang berharga 140 ribu rupiah bersamaan RM36.30 lebih kurang.

*Kek Bika Ambon tu macam bingka ubi yang mak Mat Kampung Boy buat. 😆*
Dah settle ambil kek, kami terus menuju ke:-
Istana Maimun.
Pada jam 11 pagi, kami sampai di Istana Maimun, Medan. Istana ni merupakan istana peninggalan Kesultanan Deli. Dan, percaya atau tidak, sultan Medan sangat muda dan baru berusia 21 tahun sahaja! Lagi muda daripada kitaorang haa.
*Pegang tangan sultan yang paling muda*
*Macam biasa, boleh shopping dalam tu dan murah juga harganya*
*Luar tu ada warung kecil jual air, jadi sebabkan teringin dan ada lebihan duit, kami pun membeli*
Maka dengan itu, maka berakhirlah our first trip international kami pada kali ini. Thank you for your cooperation. See you gais next trip!
*Macam orang takde pedoman tapi sebenarnya beg kami ringan gila. Rugi gila kami beli untuk kargo sampai 30kg seorang tapi masing-masing luggage 25kg pun tak sampai*
Posting day 1:-
Posting day 2:-
Youtube Channel: Sipiso-Piso Waterfall
Youtube Channel: Indonesia Vlog
Xoxo, tamat.
YD.

































.jpg)


















