Isnin, 25 Ogos 2025

Medan, Indonesia Pt. 2

✈ 13 Ogos 2025 
Day 2: Misi di Medan! 💪- 8 Pagi

    Hi kepada semua pembaca blogku. 
    Kita akan sambung kembali penulisan aku mengenai percutian aku di Medan, Indonesia pada hari kedua pula.... Ayuh!

    Semalam after dinner, Pak Supir sudah bilang pada kami bahawa esok kita akan breakfast pada jam 8 pagi. Ya, kita ni pukul 8 pagi untuk pergi kerja memang liat nak bangun tapi kalau 8 pagi untuk bercuti, memang paling awal kita bangun. Lagi awal daripada jam loceng kita masalahnya. 😆 Ajaib betul!

    Kalau hari biasa, bunyi alarm tu benda yang paling kita benci tapi kali ni, belum sempat alarm aku mengeluarkan dentuman lagu Blackpinknya, aku sudahpun bangun, bersiap pun bersemangat dan terus berposing di depan cermin lagi. 😆

    Masa turun ke lobi dan masuk ke ruangan cafe, suasana sangat-sangatlah tenang dihiasi dengan suasana Danau Toba yang sangat cantik. Rindunya lahai dengan Indonesia. 
    Dah tangkap gambar pemandangan sikit, kami pun terus breakfast. Macam biasa ada banyak jenis makanan. Ada jugak lagu Indonesia yang dipasang perlahan, sesuai untuk memulakan hari kita. Sebaik sahaja settle breakfast, kita pun check out dari Atsari Hotel ni around 8.45 pagi begitu. Memang aku nak ulang lagi sekali, aku memang suka nak mampos hotel ni. Memang vibe dia memang kena dengan vibe bercuti, vibe honeymoon, vibe nak hilangkan serabut kepala sebab kerja dan segala jenis serabut. Or maybe sebab aku tak payah angkat call or reply whatsapp kot, tu sebab aku happy gila hahaha. Hotel ni memang ada vibe yang kena dengan mood kami bercuti. Dia ada aura tenang yang buatkan kami rasa nak baring je sambil dengan lagu galau Mahalini dan lupakan segala tanggungjawab kita di Malaysia. ((Kalau boleh la, sadly we cannot 😕))

    Outfit harini pula memang kita dah pakai siap-siap outfit hiking sebab kita akan hiking Sipiso-Piso Waterfall. Rasa macam nak buktikan pada diri sendiri dan dunia perlu tahu yang aku masih ada stamina yang kuat dan kental. Dah excited giler nak hiking after almost one or two months pergi jogging biar ada stamina semula. Risau kalau muntah or pengsan disana. 😆 Jatuhlah maruah kita nanti. 

*Outfit kena cantik walaupun hikingnya separuh mati 😆*

    Dari Atsari Hotel bergerak ke:-

Simarjarunjung Hill. - 10 Pagi
    Nak sampai sini pun memakan masa hampir satu jam jugak. Jadi memang dah jadi hobi wajib kami, lantas kami pun tidur terlentok-lentok but still tak sampai-sampai hahaha. Sampai satu tahap, kami semua bangun daripada tidur dan bersembang dengan Pak Supir tu pulak. Daripada topik cuaca, makanan, kenapa jalan selekoh-selekoh, nak makan apa lunch nanti? Semua kami bercerita. 
 
    Tengah rancak sembang-sembang dan menggoreng Pak Supir, lah tiber kami dah pun sampai di puncak Simarjarunjung Hill pada jam 10 pagi. Kata Pak Supir, dekat sini memang hentian yang memang semua orang akan berhenti berehat. Sementara berhenti tu, dekat sini memang port untuk orang mengambil gambar. Bayangkan kitaorang yang masih mamai-mamai baru mangkit tidur tu, terus keluar kereta dan terus bergambar. Tapi sebaik sahaja nampak pemandangan depan mata, memang MasyaAllah TabarakAllah, angin sejuk sejuk sepoi bahasa menampar-nampar pipiku, dan semua yang ada di atas muka bumi yang sedang aku lihat sekarang memang chef's kiss. 🏞️ Dan seperti biasa juga, walaupun baru bangun tidur, kitaorang pun terus posing.

*Puncak Simarjarunjung Hill*

    Untuk masuk ke tempat bergambar tu, perlu bayar dengan bayaran 60 ribu rupiah bersamaan RM15 sahaja ((lahh murahnya lahai)). Jadi seorang dikenakan RM3.80 sahaja. Boleh dikatakan murah dan berbaloi juga lah sebab tempat dekat bawah tu sumpah setiap sudutnya cantik giler. Tak ada satu sudut pun yang kami lepaskan untuk tidak bergambar ya. Semua sudut kami bergambar.

    Cuaca di atas puncak ni pulak boleh dikatakan memang sangat sejuk ya. Kami semua ni pula jenis confident je pakai baju nipis didalam, luarnya windbreaker sahaja. Kononnya dah cukup. Sekali bila rasa angin tu datang, gigil juga lah. Kami habiskan masa dalam satu jam juga disitu. Antara sebabnya adalah sebab pemandangan dia cantik sangat, jadi kami kena lah manfaatkan sebaik mungkin. 

               
*Tangkap sendiri sebab takde orang boleh tangkapkan gambar berempat*
*Letak camera dekat tangga kayu dekat situ*

   
    
*Aku actually paling suka gambar ni*

    Rasa-rasa macam dah lama sangat duduk bawah ni, kami pun mula panjat semua naik atas. Tengah separuh jalan, mulalah keluar ayat-ayat keluhan hati dari semua: 

    "Aku hiking sini pun rasa nak mati dah padahal pendek je. Macam mana aku nak panjat Sipiso-Piso jakgi?" 
    "Aku macam tak cukup nafas dah la ni." 

    Padahal nak panjat naik atas semula tak sampai dua minit pun. Punyalah coet tapi sebabkan dah lama tak bersenam atau mungkin tak cukup pun jogging yang aku dok buat setiap petang tu, jantung pun bagi hint terkejut dengan apa yang tuan dia lakukan ni. Tulah selama ni hobi lena tiba-tiba kena hiking pulak, mana tak terkejut jantung kita semua. 😵 Terus bergegar dunia luaran dan dalaman masing-masing.

    Dah sampai atas, dengan angin yang sejuk-sejuk mencucuk tulang, kami pun terus cari tempat duduk dan decide untuk minum-minum dulu lah sebelum gerak ke Sipiso-Piso Waterfall tu sebab katnya masih jauh lagi perjalanannya. Kami pun minumlah Aren Coffee dan pisang cheese. Adui anjay lah aku tengah typing ni aku jadi lapar Aren Coffee tu pulak. Dah la sedap nak mampos. Harga pun boleh tahan murah disana. Tapi sebenarnya kami tak pernah kisah sangat pun pasal harga makanan minuman, kami nak rasa apa yang tak ada di Malaysia je sebenarnya. 
Aren Coffee 35 ribu rupiah (RM9)
Pisang Cheese 35 ribu rupiah (RM9)
Coklat Susu Panas 25 ribu rupiah (RM6.50)

    Dah puas minum-minum dan mengisi tenaga dengan Aren Coffe dan pisang cheese tadi, kami pun teruskan perjalanan yang panjang dan mencabar ~

Sipiso-Piso Waterfall: Cabaran stamina & Eyeliner. - 12.45 Tengah Hari
    Akhirnya, kami pun tiba di destinasi yang paling ditunggu-tunggu didalam tentatif trip kami iaitu hiking Sipiso-Piso Waterfall. Berbekalkan stamina yang boleh dikategorikan sebagai suam-suam kuku namun kami mempunyai seorang ketua yang rajin hiking, maka kami bertiga hanya mengikut rentak ketua ((kata mereka bertiga sebelum hiking dan masih di tempat parking kereta)). 

    Kami semua memulakan hiking pada jam 1245 tengah hari. Ye, tengah hari. Cuaca di Indonesia dan Malaysia tak sama ya. Ni kalau dekat Malaysia hiking tengah hari rembang, memang aku dah auto dijemput ilahi tapi kalau di Indonesia, hiking waktu sebegini, sejuk gedik-gedik cuacanya, angin lembut meniup macam dalam mimpi. 

*Main reason to come to Medan, Indonesia*

    Perjalanan pun perlahan-lahan bermula sambil kami membuat vlog. Dari atas pun dah nampak pemandangan cantik macam ni subhanallah, air tejun daripada jauh, fuh macam tali. Inilah yang membuatkan kami semangat berkobar-kobar untuk hiking Sipiso-Piso Waterfall!
*Baru hiking 10 minit, berhenti dulu tangkap gambar 😆*

*Excuse me tapi kenapa member belakang usha macam tak puas hati ya dengan aku??*

    Untuk ke waterfall ni, permulaannya memang kita turun sahaja sampailah dekat waterfall tu. Namun, ye ada namun, turun dia bukan sikit-sikit ye. Tangga dia banyak, macam tak habis-habis. Ada tempat yang landai, tangga besar sangat pun jadi hal juga. Ada satu stop tu tangga dia curam 80° gak ah sampai terfikir macam mana nak turun ((Drama kan kami?) jadi kami lepaskan masing seorang demi seorang. Namun, ketua hiking kami masih berdiri teguh dan tetap santai di hadapan namun, ye namun lagi, kami bertiga bernafas dan macam kipas sikit.

    Tapi... bila dah makin hampir ke bawah, dengar pula bunyi air terjun yang semakin kuat, terus hilang rasa penat ni. Bunyi dia... kuat, segar, tenang. Belum lagi kami sampai betul-betul di kawasan air terjun tapi muka kami perlahan-lahan dah basah sebab dah terkena tempias air terjunnya. Kami pun sampai ke area waterfall around jam 1.15 petang, memakan masa hampir 30 minit. 

    Sampailah dekat satu tempat, tiba-tiba kami bertembung dengan ramai manusia yang dah nak balik. Muka masing-masing ceria bukan main lagi. Masa ni lah kita nak tanya ayat keramat dan mendapat jawapan typical juga:-

    "Kami dah nak sampai ke bang?" 
    "Iya dikit lagi dibawah kak." 
    "Mesti lagi lima minit kan?" 
    "Ya iyalah kak!" 

    Lalu aku pun tersengih macam kerang busuk sebab dapat jawapan typical begitu sampaikan member yang lain terbangak-bangak melihat aku sampai ke Indonesia boleh jadi peramah walaupun dengan stranger. Tahap extrovert aku memang tak boleh dibendung lagi. Soalan-soalan typical macam tu pun memang aku kena tanya supaya aku puas hati. Mungkin sebab vibe hiking ni buatkan aku banyak tenaga untuk bersembang benda tipikal macam ni dan mendapat jawapan tipikal juga mampu membuatkan aku puas hati, barulah boleh semangat balik.

    Dan, tak lama lepas tu, taraaaaa! 
    Sipiso-Piso Waterfall, berbekalkan stamina bangang-bangang kami. Nampak air terjun depan mata, terus hilang segala lenguh, segala sakit, segala semput. Rasa macam semua ni memang worth it. 

*Kadang-kadang, benda yang penat tulah boleh jadi benda yang paling indah dihujungnya. 💐*

    Dekat sini sebenarnya kami macam cuak-cuak sikit fikir cara macam mana kami nak ada gambar kami empat orang dalam satu frame sebab dji takleh lekat dekat batu ataupun pokok. Walaupun kami tau dia cuma magnetic sahaja, kami tetap bangang-bangang pi lekat dekat batu dan pokok sekadar mencuba nasib. 😁

    Sampailah kami semua tiba-tiba nampak sorang abang ni, 

    "Weh abang tu macam sorang je. Jom kita tolong snap gambar dia lepastu kita suh dia snap gambar kita pula." 
"Jommah cepat. Nanti abang tu chaw lak." 

    Berbekalkan sifat extrovert kami, kami terus memulakan langkah, 

    "Bang, mau kami tangkapkan gambar?" 
    "Boleh juga kak. Makasih ya." 
    "Nanti abang tangkap gambar kami juga boleh?" 
    "Boleh kak boleh!" 
    "Okay mari kami tangkap gambar lepastu kita buat juga video ya." 

    Ya, abang tu memang dengar cakap aku bila aku bagi arahan macam mana patutnya video dekat Sipiso-Piso tu patut jadi, macam kebiasaan video tiktok yang kita tengok. Dia pun follow je arahan aku time aku merekod video dia tapi hasilnya memang mantap ya. Aku harap abang tu ingat kami semua sampai sekarang. 

*Inilah abang random yang kitaorang tegur lepastu tolong tangkap gambar 😆*

    Hampir lima minit kami tangkap gambar dan rekod video abang tu, abang tu pun tukar pula dan tangkap gambar berserta video acah-acah feeling kami. Dan dia pun beri arahan macam apa yang aku arahkan dia tadi. Habis camera phone kami kabur-kabur sebab kena air. 
    Dekat port sini, memang dekat gila dengan waterfall dan air dia tu memang habis kena kita. Memang mula-mula tu kita rasa syok giler macam pakai facemist, eh tapi lama-lama lenjun habis satu badan, ni bukan facemist dah. Dah la yang paling kita risaukan adalah eyeliner kita tajam ke tak tajam lepas kena air ni. Nasib baiklah aku guna waterproof eyeliner - Tak sia-sia lah juga beli eyeliner mahal. Yang lagi sorang pulak time-time hiking tempat waterfall gini lah pakai bulu mata palsu lepastu nebes bulu mata dia hilang. Bila check, alhamdulillah masih lekat diposisi dan utuh.
    Selepas hampir 30 minit menghabiskan masa tangkap gambar, rekod video sorang-sorang, buat video untuk tiktok, maka tibalah masa untuk kita menghadapi cabaran yang sebenarnya iaitu hiking naik semula ke atas. 

      Bak kata pepatah "Nak turun setengah jam, nak naik separuh mati."

    Berdasarkan pembacaan ilmiah, ketinggian Sipiso-Piso Waterfall lebih kurang 120 meter sahaja. Mengikut pembacaan juga, Sipiso-Piso Waterfall ni ada 800 sehingga 1000 anak tangga untuk menuju ke dasar air terjun. Jadi pergi balik dah 2000 anak tangga kita daki wah wah wah. Mungkin kami semua kena impress dengan kekuatan kaki dan stamina diri kami. 
    Dan, Sipiso-Piso Waterfall ini merupakan air terjun di dataran tinggi di Sumatera, Indonesia dan merupakan air terjun yang tertinggi di Indonesia. Memang sebetulnya, kita tak ada rugi apa-apa pun kalau datang tempat ni. Selain menguji stamina jantung, kita perlu memuji kebesaran Ilahi, apa yang tuhan berikan dan sajikan kepada kita sebagai manusia ni. Maybe bagi certain orang, tengok keindahan alam kena panjat teruk-teruk ni tak berbaloi, tapi bagi aku, keindahan alam ni lah satu benda yang membuatkan kita bersyukur untuk hidup di muka bumi ni.

    Sambung, baru naik beberapa anak tangga, semua dah senyap. Tak ada lagi suara gelak ataupun hentian untuk bergambar. Yang kedengaran sekarang cuma bunyi nafas masing-masing yang berbunyi macam nak baham orang. Kami bertiga dah on mode auto slow motion. Langkah satu dua, berhenti. Langkah satu dua, mengeluh. Langkah satu dua, mengamuk. 

    Kami pun sampai atas after satu jam hiking weh. Setiap kali berhenti tu la aku rasa lutut aku bergoyang tapi ketua kami masih steady, laju je dia kedepan tinggalkan kitaorang bertiga yang lembik ni. Berapa banyak juta kali juga lah kami berhenti tapi yang paling lembik of course member seorang, sampai terdiam lah member tu time nak hiking balik. Yang kitaorang yang lain macam masih steady juga lah siap boleh vlogging lagi. 
    Tapi masyaAllah kenapa tak sampai-sampai atas ni? Penat dah ni hiking. Tapi kalau fedup saja pun tak guna, kita masih kena teruskan usaha kita naik atas, takkan kita nak tidur dekat sini. 😭 Dan berbekalkan usaha tidak fedup, kami pun sampai di tangga 80° tak guna tu. Tengah fikir lepas ke tak lepas aku nak angkat kaki aku sendiri pijak tangga ni. Yang ketua kami dah kedepan habis dah tinggal kitaorang bertiga yang tak lepas tangga ni lagi. Rasa nak nangis tapi nakkk balikkkk. Aku ni nak angkat kaki pun macam tak larat betul dah ni, serupa nak mati je ni.

    Dan berkat usaha tak fedup juga, kita sampai dekat satu warung ni buat beli air yang manis sebab tahap nyawa dah 2% je so kenalah juga minum manis. After berehat hampir 15 minit, kami pun pantas hiking nak balik sebab Pak Supir dah umpan kami dengan lunch lobster katanya. Hanya makanan sahaja yang menjadi harapan dan semangat kami untuk sampai ke kereta. 😭

*Walaupun barai tapi masih boleh ceria menangkap gambar*

    Dan akhirnyaaaaa kami sampai kereta wehhhh. Rasa macam menang marathon. Walaupun kami nak nangis tapi kami sampai ke kereta wehhh. Seronok bukan main lagi bila sampai atas, sampai kereta dan sambil tengok semula ke belakang, pemandangan daripada atas air terjun tadi, seronok giler rasa. 

    Alhamdulillah. Masuk-masuk je kereta, pak supir tanya okay ke tak okay hiking semua? Muka kami yang cemberut mengatakan okay sahaja. 

*Pace orang yang manjang tidur makan tidur makan, tiba-tiba kena pegi hiking*

    Apa yang kami tau sekarang dan apa yang ada dalam isi kepala kami cuma, lunch lobster je!
    Dan sampailah kami ke restaurant apa nama taktau, yang kami tau nak makan je.

*Kami kena scam. Baby lobster je rupanya. Dan sayur kebiasaan, terung masak sambal...*

   Lepas babak hiking separuh mati tadi, kami dibawa lunch oleh Pak Supir ke satu restaurant yang kami tak tahu namanya tapi yang pasti, aku ingat: Lobster. Otak dah tak mampu fikir benda lain dah. Masuk-masuk ke restaurant, terus rasa macam inilah dunia. Angin sejuk, bau makanan panas. Sedapnya. Kitoarang semua terus duduk dan tak bercakap apa-apa, sunyi, sepi, termenung... sebab lapar.

    Tak lama kemudian, makanan pun sampai. Dan sampailah lobster yang digembar-gemburkan oleh Pak Supir daripada siang tadi ((walaupun cuma baby)). Kitaorang semua terus rasa macam dapat hidup semula. Bila suapan pertama, senyap, tak ada bunyi. Hanya ada air mata bahagia chewahh. Kami makan betul-betul dengan penuh penghargaan sebab terasa seperti dilahirkan semula. Lepas habis makan, terasa indahnya dunia. Betullah orang cakap, kadang-kadang bukan sebab tempat mewah pun tapi kadang-kadang sebab kita dah survive dan dapat makan, indahnya. 🦞

    After lunch, kami pun bergerak untuk check in next hotel iaitu:-
Green Garden Berastagi.
    Okay actually, dalam banyak-banyak hotel kami, ini adalah hotel yang paling worst lah. Kronologinya, macam biasa, kami diberikan dua bilik, Yasmin tido dengan Hawa, aku pulak tido dengan Nurina. Diaorang amik bilik depan, kami berdua pula bilik belakang tapi sebelah sebelah jelah. After aku dah letak beg apa semua, aku cuba nak gabungkan katil biar mudah tapi ada meja kecil di tengah yang bersambung dengan wire yang tak boleh dialihkan, so okay lah aku pun biar jelah katil kami sebijik-sebijik. Sebab aku rasa untuk hotel ni, macam berjarak sangat pulak katilnya, sebab tu je aku nak rapatkan. Macam hotel first kami, katil kami agak rapat walaupun di tengah ada meja kecil. Okay bab katil, nevermind sebab tak kisah sangat dah.

    Macam biasa, aku pun tengok lah tandas pula, okay lampu ada sebelah je dekat sinki untuk cuci muka menyebabkan tempat mandi di sebelah kelihatan gelap sikit tapi time ni aku macam nak rasa something vibe yang cam tak syok sikit lah. Taknak pedulikan sangat sebab taknak takutkan sesiapa sebab dekat sini, aku sorang je yang paling tua, yang lain masih adik-adik. Jadi, kakak kena lah berani. Ceh walaupun dalam hati dah kecut.

    Takpe, aku abaikan lepastu aku baring kejap di katil. Sementara bilik sebelah tiba-tiba whatsapp dalam group:-

Yasmin: Okay ke tak tu? ((Merujuk kepada penghuni bilik sebelah yakni aku dan Nurina))
Yasmin: Takde water heater.. takde hair dryer.. Telefon korang okay ke?

    Walaupun kami ni malas mandi, tapi kalau dah takde water heater tu, lahh lagilah malas en.

Sarah: Lahh chilakak takde water heater. Kitaorang ada telefon.
Yasmin: Cer baca google review

    Maka, kami pun baca lah google review, lah bad review rupanya... hehehe maksudnya ada something jugak ler, bukan aku sorang je rasa. Sebab memula aku masuk bilik tadi, bukannya aku terus baca google review or what sebab aku ni malas nak membaca semua tu bila dah include in package. Lainlah kalau aku sendiri yang uruskan, memang aku akan baca sehabis baik. 

Yasmin: Kami tido bilik korang boleh ke?
Sarah: Eh macam takut je anjing.

    Tanpa apa-apa jawapan, terus mereka berdua serbu bilik kami. Maka, satu katil yang kecil tadi, kami pun letak dua orang tidur. Kami pun mula berteleku empat orang atas katil sebab dua orang budak ni takut lain macam. Disebabkan takut sangat, sampai member pun bertaubat terus tak tunggu orang tegur dia suh sembahyang. Sementara tunggu turn, aku pun main phone atas katil, lebih kurang depan member juga lah. 
    
    Dah habis jamak, masih lagi berteleku atas katil bincangkan kepada bilik ni worst sangat, ada bad review and so on. Kami taknak bercakap mengenai "something" itu sebab kami memang avoid lah. Kami sehabis baik cuba untuk menghindar bercakap pasal itu. Dalam pada itu, kami memang pelik sebab hanya bilik kami berdua je menyala lampu yakni memang kami jelah dekat sini. Time tu lak dah azan maghrib, aku pulak buka pintu nak usha memang betul ke kami je penghuni dekat sini? Lahh sekali pintu bilik air terhempas kuat. Ye, angin kuat tiba-tiba je terpa muka aku time aku buka pintu tu. Tak logik lah eh, cuaca bukannya nak hujan ke apa, maghrib lak tu tiber nak ada angin kuat terpa muka aku. Sekali pintu bilik air terhempas kuat, lagilah semua orang cuak. Dah la aku takde wudhuk lagi. Aku lah orang pertama yang kena masuk bilik air tu. Bala dah disitu.

    Kot mana pun, terpaksa la aku mintak Hawa temankan aku amik wudhuk sebab dengan aku sekali dah cuak. Aku nak kencing pun aku rasa dah takut, siap aku bagi pesanan dekat member:-

"Aku nak kencing ni tapi taknak tutup pintu boleh tak?"
"Kepala hotak hang"

    Ceyy padahal member pun kecut. Time aku dalam tandas, pintu tak berkunci tu, aku kencing laju giler lah sebab takut 😆 lepastu aku cuci lah muka dulu dan mandi bodoh-bodoh je sebab aku takut. Esh scene ni aku rasa seram betul sebab aku betul-betul rasa belakang aku ada something besar macam cuba nak terpa aku. Aku terus buka pintu, aku suruh Hawa tunggu aku cuci muka dan amik wudhuk.

    Dah habis semua, terus cepat-cepat aku lari keluar daripada bilik air dan terus bertaubat. Lega sikit lepas dah bertaubat. Penghuni bilik ni pun cepat-cepat bersiap, kami pergi bilik sebelah pula sebab diaorang pula yang nak mandi. 

    Yang ni pun sama je, mandi tak kunci pintu. The worst part, time cuci muka, kena tutup mata, terus si Yasmin jerit Hawa suh teman di bilik air sebab dia kata dia terbayang ada hantu dekat cermin kecik dekat atas tu sebab cermin kecik tu tak ada cermin, terus ruang kosong. Risau member ada hantu jegil bijik mata dekat dia. Hawa pun meneman lah dia cuci muka pula. Lepastu dia pula yang take turn mandi, gitulah mandi bodoh-bodoh juga. Memang maghrib tu huru-hara sikit lah hidup kami. 😂

    Bila fikir balik, macam bangang-bangang juga kami malam tu. Lepastu sambil menunggu diaorang siap, kami pun buka lagu di phone, connect dengan speaker yang kami bawak. Buka slow jelah sekadar nak bagi ada bunyi bising sikit. Dalam 10 minit menunggu, diaorang pun siap. Kami berdua pun bagitahu kami balik bilik jap nak ambil dompet semua lah sebab nak gerak pergi dinner jam 7.30 malam.

    Gerak balik tak sampai 2 minit je pun, ada juga something like perkara kecil jadi dekat diaorang berdua bilik sebelah adeh tapi diaorang tak cerita lagi. Aku pulak fikir macam tak ada apa-apa sebab yelah sekejap je tinggal. Dah ambil dompet, kunci bilik, terus gerak gi lobby hotel sebab pak supirnya dah tunggu.

    Slow je member dekat sebelah hantar whatsapp dekat aku:-

"Tadi time aku sembahyang, aku dengar ada orang ketuk pintu bilik kita tuk tuk."
"Mana ada bunyi pape, aku kan depan hang je tadi main phone."
"Betul ada bunyi tapi bunyi dua kali je."

    Dah kalau member dengar bunyi ketuk, maksudnya google review tu betullah! Patutla aku tengok time member habis sembahyang tadi, dia usha pintu bilik. Rupanya dia dah kena salam perkenalan daripada hantu ketuk pintu. 😆

    Kemudian, adalah juga member dengan bunyi kerusi kena tarik daripada bilik atas padahal bilik atas kosong. Lepastu azan bunyi dekat phone tak sampai dua saat tiba-tiba phone mati terus. Cuak la member pun.

    Habislah erk part kena kacau geli-geli dekat hotel tu. Kami pulak lapar, dinner kami malam tu di:-Akasia Retro dan Cafe Berastagi. 

    Macam biasa, lauk pauk dia semua macam Malaysian juga. Makan lah kami walaupun macam ada tak ada selera je lepas kena kacau dengan hantu.



    Ada satu citer lawak. Kami ni baru je habis makan dinner lepastu kami bayarlah air yang kami order luar daripada pakej trip kami. Dah habis bayar, kami pun tanya dekat pak supir:-

"Pak, boleh ke kalau bawak kami makan bakso? Kami teringin."
"Tapi kan baru makan?"
"Takk. Ni kami nak makan share share je pak. Kami nak rasa bakso sini."
"Besok lah kita makan. Di Medan lagi enak."
"Janji ya pak?"
"Iya nak."

    Pak supir mesti tak sangka dia punya customer trip kalini membela saka, baru bayar bil makan, terus ajak nak makan lagi, gila ini olang. 😂

    After dah dinner, macam biasa kami bagitahu Pak Supir nak jalan-jalan pergi Indomaret, tempat favourite. Dan disebabkan takut, kami pun ada tanya dekat pak supir dia tidur bilik mana? Dia pun cakap depan sikit daripada bilik kitaorang. Lega kalau jadi pape nanti, kami boleh terus ketuk bilik pak supir.

    After dah usha-usha apa yang menarik di Indomaret, kami pun pulang lah bilik. Nebes sikit masuk bilik tapi taknak la macam nampak sangat takut tu, kami pun edit lah video tiktok yang kami buat di Sipiso-Piso Waterfall tadi dan terus je tido.

Sambung day 3 di next posting,

Posting day 1:- 

Youtube Channel: Sipiso-Piso Waterfall
Youtube Channel: Indonesia Vlog

Xoxo,
YD.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan