Hi kepada semua pembaca blogku.
Walaupun blog ni dah lama bersawang siap dengan labah-labah pun ada dan blog ni pun saban hari bahkan makan masa bertahun menjadi suram, namun jika ianya ada update terbaru, itu bermaksud tuan empunya blog ada lah pergi ke suatu tempat dan perlu dikongsikan bersama pembaca sekalian yang sedang mencari arah tuju. Tibah. Sini aku ceritakan kronologinya sedikit demi sedikit sehingga hari kejadian dan sehingga penghujung cerita.
Aku dan seorang rakan baikku, Hawa memang ada satu hobi iaitu suka main google maps dan melihat sesuatu tempat. Ya, otak kami berdua semacam menghafal google maps. Infact, kami apabila kami betul-betul sampai ke tempat kejadian yang kami tengok di peta, boleh automatik keluar ayat,
"Oh inilah tempat yang kita tengok tu!"
Lepastu bila orang tanya "Mana korang tahu?" kami dengan bangga dan pantasnya menjawab,
"Oh kami tengok di google maps"
![]() |
| Tempat yang ingin dituju: Medan, Indonesia |
Kami berdua ada banyak listing tempat nak pergi dari dalam negeri sampailah luar negera. Ada Bandung, ada Jakarta, ada Bromo pun masuk dalam senarai tapi kami bila baca pengalaman orang lain, katanya kawasan tu tengah berpasir sangat sekarang, jadi kami pun reject seketika. Ada negara lain yang jauh-jauh lagi but kami risau mengenai makanan halal, jadi kita pun termenung dulu lah. Sebenarnya kami memang takut nak pergi luar negara, jadi selalu sembang jelah dekat whatsapp setiap malam. Plan bukan main panjang tapi semuanya hanya angan-angan mat jenit. Entah macam mana, lepas dapat bonus, kami pun terus serious nak book bercuti, kena juga pergi! Tak boleh tangguh lagi.
I tell pulak my cousin sebab kami banyak pergi bercuti berdua juga,
"Why not kita gi a part of Indonesia?" aku cadangkan, walaupun sebenarnya tak tahu lagi nak pergi mana and member pula semangat lebih, auto buka website office dia dan terus apply cuti seminggu terus. Aku pulak yang gelabah sebab aku yang susah nak dapat cuti tu.
After that, I told my friend pula,
"We go on this date sekian sekian sekian." Member lak last minute mintak cuti pun boleh, lah lagi aku gelabah. Jadi nak taknak, aku terpaksa teruskan.
At first juga, asalnya kami nak pergi tiga orang sahaja sebab kawanku, kawan sepupuku jua. Aku bergaduh mulut, dia pun bergaduh mulut so already can kamceng sudah but I think if I can bring one more my friend pun lagi baik and lebih meriah sebab member pun rajin hantar video trip dekat tiktok. Ajak ajak, mahu. Maka, lengkap dan jadilah empat orang punya trip yahooo!! 💫💥![]()
![]()
![]()
![]()
Beberapa hari kemudian, a week jugalah aku scroll tiktok siang malam untuk mencari agent tour guide yang boleh dipercayai and selepas dinilai dan diselidik, we chose Jommm Tour. Korang pun boleh search instagram dan tiktok diaorang. Memang banyak review positif. Dan yang menariknya, apa sahaja yang aku whatsapp tanya semua kakak tu layan dengan penuh kesabaran. Rasa lega giler!
Oh actually, trip ni kami rancang dekat lapan bulan juga lah, but with my one of my friend, I ajak dia around five month before and dia pun okay. Bulan May begitu, kami dah bayar untuk agent tour guide duit deposit. Bulan June pula, kami dah beli ticket flight pergi dan balik dan pada hujung bulan July, kami settlekan lebihan bayaran untuk agent tour guide. Rasa puas dah bila semua persiapan dan pembayaran dan settle. Sekarang ni, menunggu dan menghitung hari jelah.
Disclaimer, please in your group, lantiklah hanya seorang sahaja kepala untuk uruskan semua benda. Jangan dua tiga orang menjadi kepalanya, nanti akan serabut. Kebiasaannya, memang aku akan jadi kepalanya, yang lain tukang menghulurkan duitnya sahaja.
Akhirnya, kami pun memilih Medan, Indonesia as our first trip luar negara.
Pakej yang diambil adalah RM680/per head. Makin ramai geng, makin murah ya.
Tiket flight kami pula pergi RM246.50 include luggage 25kg and insurance, balik pula RM294.50 include luggage 30kg and insurance. Dan begitulah bermulanya kisah our first overseas trip together!! (Walaupun terbang cuma satu jam, tak sempat nak tidur pun.)
Before that, malam tu lagi lagi dah isi beberapa form yang penting agar ianya tidak menjadi kesusahan di airport nanti iaitu;-
Settle isi borang-borang ni, sila screen shot sebab nanti di airport, mereka akan check tapi kalau kita tak isi, di airport pun mereka akan suruh kita isi. Jadi, disini dah buang masa sikit lah sebab ramai orang yang isi juga. Kami semua tak isi Borang EVISA Exemption tu sebab tour guide kami kata tak perlu isi, eh last-last kami tak lepas imigresen sebab katanya borang kami tak cukup, dah jenuh kami nak mengisinya pula. Dekat sini saja dah makan masa around 15 minit. Jadi, pastikan isi semuanya di Malaysia lagi untuk memudahkan urusan kita.
- Travel Adapter
Ini pun salah satu benda yang patut korang beli dan consider untuk bawak sebab Malaysia punya plug dan international punya plug tak sama. Sebelum jadi apa-apa, baiklah korang beli dan bawak je. Untuk travel adapter, aku beli dekat Shopee je around RM12, ada banyak kepala dan ada dua usb port. Sengaja aku beli dua usb port punya untuk memudahkan charge powerbank dekat bilik dan port yang lain kita boleh guna untuk charge phone ataupun kamera kami yang ada tiga bijik ni.
- ESim atau rooming
Untuk data pula, kami semua beli di TnG apps dan menggunakan ESim. Kami semua beli data 3gb je around rm16 tak silap, memang ada di TnG apps, korang boleh usha usha sana. Aku pun pandai beli di TnG sebab member aku yang suruh beli disitu. Mudah katanya. Dan kami beli 3gb sebab kami semua jenis tak main phone dalam kereta or tengah berjalan dengan member dan kalau kami dah berkumpul, phone kami semua memang campak tepi kecuali untuk tangkap gambar sahaja. Jadi 3gb pun dah memadai untuk kegunaan kami disana.
✈ 12 Ogos 2025
Day 1: Touchdown Medan!✈️ - 9 Pagi
Pagi itu kami berlepas dari Kuala Lumpur (KUL) ke Medan (KNO) pada jam 8.55 pagi. Perjalanan cuma memakan masa hampir satu jam - sekejap sangat, tak sempat pun nak tidur or habis satu open table. Sesampainya di Indonesia, kami baru sedar yang waktu Indonesia adalah lewat satu jam daripada Malaysia. Ya, kami touchdown sahaja lepastu sampai ke malam kami rasa macam lama betul masa sini berjalan. 🤣 Banyak betul benda boleh buat dalam satu hari.
*Gambar sebaik sahaja touchdown, Pak Supir nak kasi report dekat HQ*
Sampai-sampai je kami jejakkan kaki ke Indonesia, member terus bersuara,
"Uish harini kita ada 25 jam." Iya anjir memang rasa lama betul duduk Indonesia.
Kitaorang pula tak habis-habis membebel pasal masa,
"Weh asal macam aku dah rasa lama tapi baru pukul tiga?"
"Weh kui berapa sekarang kenapa tak malam lagi ni?"
Sepanjang perjalanan dari airport tu, topik utama kami mengenai masa. Syok juga ya ada 25 jam. Rasa macam ada masa extra. Rasa macam banyak giler benda boleh buat.
Sebaik sahaja touchdown, kami disambut oleh Pak Supir yang dikenali sebagai Pak Lutfi tapi oleh kerana kami ni memang penonton sinetron tegar dan movie Indonesia, ya bagus panggil bapak aja sih. Lebih vibes!😆
Yang paling comel, siap ada banner kecil menyambut kami di airport ya. Begitulah semangatnya mereka menyambut kami di airport. Oh lupa nak bagitahu, trip ini merupakan trip private sebab tarikh yang dipilih adalah tarikh yang kami mahukan. Aku rasa memang dengan agent tour guide ni, kita boleh pilih tarikh kita sendiri sebabnya daripada book awal lagi aku dah bagitahu aku mahu tarikh ini, if not, aku cari agent yang lain. Dan dia pun pantas bagitahu boleh aja kak private tripnya. Jadi, memang semuanya ikut masa kami tanpa perlu ikut masa kumpulan lain. Senang, tenang dan rasa lebih personalized.
![]() |
Comel lah pun 😗 |
Sebaik sahaja letakkan barang di dalam kereta, ya bapaknya terus bilang kami punya tentatif untuk hari ini. Memandangkan kami tiba awal jam 9 pagi, makanya tentatif hari esok dinaikkan pada hari ini. Sepanjang perjalanan, bapaknya sempat berbual dengan kami. Pak Supir bagitahu yang Medan ni kampungnya si Judika. Kami pun terus ternganga, "Eh biar betul bapak ni?" Taktahu sama ada dia goreng kami ke atau kami yang mudah digoreng, kami pun teruslah karok,
"tak pernahkah kau sadari aku lah yang kau sakiti ~"
Rasanya pak supir sumpah seranah kitaorang dalam hati dia. 😂
Perjalanan dari Airport Kualanamu ke Parapat memakan masa tiga jam which is the perfect time for us to sleep. Tahu tak apa yang kelakarnya malam semalam before kami bertolak pagi ni? Kitaorang ni langsung tak tidur sebab bersembang semua topik-topik yang boleh dibincangkan,
Tiba-tiba ada seseorang dengan penuh yakin bercakap, "Kita jangan tidur nanti kita terbabas"
Sebab time tu dah pukul tiga pagi. Kami berjanji nak siap-siap pukul empat pagi lepastu nak bertolak ke airport jam lima pagi. Jadinya, kami semua tak tidur.... Tapi malangnya ada seorang kecundang pada jam 3.30 pagi....yakni tuan yang cakap jangan tidur tadi. Bengkek gak ah tengok muka dia time dia bangun pukul empat pagi tu.
Sambung cerita, bila dah naik kereta, tengok pemandangan sikit-sikit, lepastu... boom! Lah semua dah tumbang tidur. Lantakkan aja bapaknya memandu tiba-tiba suasana sunyi sepi takde suara-suara perempuan gila yang dia ambil tadi. 😆 Boleh bayang dia rasa lega sekejap sebelum kami bangun semula nanti. Selepas lebih kurang satu jam tiga puluh minit begitu, bapaknya singgah di,
Paten Shop Siantar. - 11.50 Pagi
![]() |
*Hasil gambar google sebab sendiri tak snap gambar* |
*Klebek punya klebek hard disk, ada gambar sendiri rupanya* |
Bapaknya pun berhenti di kedai ini. Katanya tempat ini memang wajib singgah lah kalau lalu kawasan ni sebab memang terkenal dengan pelbagai jenis ole-ole khas dari Medan. Kecil molek je kedai jajan ni. Dan kami yang baru sahaja bangun tidur, muka pula masih separuh nyawa, terus terpinga-pinga bila tengok kedai ni penuh dengan manisan dan kudapan. Turun je daripada kereta terus jadi food tester tak rasmi dekat kedai tu sebelum membeli apa-apa jajan lah terkejut perut tadi ko tidur mati, bangun tidur terus makan.
Antara yang popular disini adalah Teng Teng, Tong Tong, Ping-Ping, Pang Pang, entah la ape lagi dah serupa nama adik-beradik, satu keluarga. Kitaorang dah macam main game dah nak sebut nama makanan sampaikan kitaorang gelak tak henti. Sampai tahap tu la kedai ni punya penuh dengan jajan, dari yang nama pelik sampailah yang rupa apa pun kami tak dapat teka rasanya apa. Kami pun cuba sikit-sikit konon nak pilih yang mana sedap padahal semua kami rasa! Akhirnya, kami beli dua tiga jenis jajan jelah, habis duit pun dalam berapa puluh rupiah jelah. Masih beginner, so takut takut juga nak membelinya pun. Baru hari pertama kot! Kami lepak dalam kedai ni around 20 minit sahaja lah kemudian kami teruskan perjalanan yang masih panjang.
Kemudian, perjalanan diteruskan lagi dengan makan tengah hari di Restaurant Panorama Pematang Siantar. Makan disini memang dah include dalam pakej. Jadi, tak perlu risau nak cari kedai sendiri, nak makan dimana semua lah. Memandangkan memang kami semua dah lapar tahap kritikal, bila makanan sampai je, terus makan tak ingat dunia macam orang tak jumpa nasi seminggu. Makanannya pun not bad, lebih kurang macam Malaysia sahaja. Ada lauk bergoreng, sayur sikit, sambal sikit dan sup sayur yang menenangkan perut yang bergelora.
![]() |
*Gaya macam influencer bagi review makan tapi sebenarnya kami cuma influenzaa* |
![]() |
*Makanan macam Malaysia, ada terung masak sambal my favourite* |
Perut kenyang, mata pun jadi berat semula tetapi ada perjalanan yang masih belum settle lagi ni. Kita masih perlu menempuh perjalanan yang panjang untuk sampai ke Parapat. Ohh saja nak sharing sikit, kitaorang ni semua kalau hidup sendiri-sendiri, memang gaya makan tu memang tunggang langgang habis lah. Ada ketika, dalam sehari tu cuma sekali sahaja makan. Ada ketika, tiga hari kemudian barulah reti nak makan. Pendek kata, perut ni dah terbiasa berdikari dah ni. 🤣
Tapi bila datang dengan trip ni, terus rasa macam tengah masuk bootcamp makan sampai tiga kali sehari! Agent ni jaga kitaorang baik giler nak mampos. Kami ni masih terkejut sebab breakfast pun kami makan, lunch pun kami makan, dinner pun kami makan. Terkejut perut kita wak tuan dia rajin pulak makan nih. Serious, memang unexpected betul bila datang bercuti, tiba-tiba jadi manusia yang paling berdisiplin bab makan.
🌬️ Samosir Island di Danau Toba. - 1.15 Pagi
Selepas makan tengah hari, kami teruskan perjalanan ke Samosir Island, yang terletak di tengah-tengah Danau Toba. Dan bagi aku, inilah detik yang paling aku tunggu-tunggu sejak dulu lagi. Kawan-kawan terdekat aku tahu bahawa aku sangat menyukai sejarah dan aku adalah pelajar arkeologi, jadi semua baik di negera sendiri mahupun luar negara sampai ke Mesir punya topik, semua aku belajar.
Sebab tu bila dengar pasal Danau Toba, yang terhasil akibat letusan gunung berapi volcano berpuluh juta tahun dahulu dan debu volcano ini pula sampai ke Lenggong, aku terus masukkan dalam tempat idaman utama dalam hidup aku. Bayangkan, tempat ni bukan sekadar tasik tapi ianya adalah saksi sejarah bumi. Hasil daripada letusan inilah yang membentuk satu kawasan yang sangat luas yang membuatkan ia menjadi antara salah satu tasik yang paling cantik (untuk hidup aku lah). Tak sia-sia aku pergi shooting dekat Lenggong dulu, jadi aku boleh lihat dan sentuh debu volcano yang ada di Lenggong tu. Sekarang, aku pula berada di tempat asal dari mana debu tu datang lah topik sejarah pula aku kupas.
![]() |
Dari darat nak ke Samosir Island, perlu menaiki feri yang memakan masa 50 minit. |
Waktu sampai jeti tu rasa macam wow sebab angin dia lain macam. Dengan tasik yang luas terbentang, rasa tenang tak boleh nak digambarkan. Aku selama ni tengok Danau Toba dalam google je, tiba-tiba harini berdiri disini. Memang rasa speechless kejap.
Naik feri pula, memang pengalaman dia lain macam. Angin kuat giler sampai tudung pun dah tak rupa tudung, tapi sebab view dia cantik giler, tak kisahlah tudung tak menjadi dah pun, asalkan dapat tengok Danau Toba dengan bukit yang menghijau sekeliling kita. Macam Jurassic Park lah pulek.
Kalau sesiapa yang ada mabuk laut or tak boleh naik feri dalam jangka masa yang lama, silalah bawa segala ubatan anda yang boleh membantu anda sebab kawan kami seorang kecundang di pertengahan jalan hahaha. 🤣 Sumpah lawak tapi kesian pun ada. Aku kena ungkit citer ni sampai bebila. ((Tak ada gambar bukti member mabuk sebab kami passing je minyak panas dekat dia, kami terus tak pedulikan dia, kami di dalam Dunia Khayalan Dunia Impian.))
🛖 Perkampungan Tomok || Batak Museum || Tomok Tradisional Market. - 2.30 Petang
Sesampainya kami disana selepas lebih kurang 50 minit perjalanan menaiki feri, kami terus dibawa ke satu Perkampungan Tomok, Batak Museum dan ada juga Tomok Tradisional Market disitu. Kampung Pelancongan Bersejarah Kampung Tomok ni sebenarnya perkampungan tradisional masyarakat Batak yang terletak di Pulau Samosir ni, betul-betul di tengah-tengah Danau Toba ini.
Suasana disini memang sangat memukau mata lah dengan rumah-rumah tradisional Batak yang tersusun cantik, berwarna-warni dengan ukiran unik di dinding dan bumbungnya pula melengkung tinggi macam rumah Minangkabau. Disini juga, kami sempat memakai selendang kaum Batak sebagai tanda penghargaan kepada budaya mereka sambil-sambil bergambar di hadapan Batak Museum. Rasa macam masuk ke zaman dulu tapi bergaya dan slayy. 💫💫
Dah habis around 30 minit disitu, Pak Supir pun bagitahu yang kami boleh shopping around 20 minit je dekat Tomok Tradisional Market. Jiwa kami semua berkobar-kobar lah sebab mana pernah kita shopping 20 minit je?? Tapi adalah juga hasil tangkapan kami. Jiwa aku yang pandai tawar menawar memang bergelora disini. Member nak beli kain pelikat disini tapi member macam biasa tak pandai tawar menawar, nak juga aku yang ada disitu. Harga asalnya 250 ribu rupiah, lepastu aku cakap takyah lah beli sebab mahal, dia terus kasi 100 ribu rupiah je, bersamaan RM26 sahaja hohoho. Member terus angkat lah dengan satu senyuman.
Disclaimer lagi, kalau taknak beli, jangan tanya harga sebab orang disini agresif betul. 😭 Kitaorang cuma tanya harga berapa sebab nak tahu lah murah ke tak tapi harga yang dia jual boleh tahan mahal juga and that time juga Pak Supir sudah panggil kami naik feri sebab katanya air akan pasang, nanti kami tak boleh balik tapi tukang jual tu dah masukkan dalam beg plastik padahal memang daripada awal kami tak kata nak beli pun. Lepastu dia marah kami sebab tak membeli. Lah ko bebai pulak? Kitaorang semua saling berpandangan dan terus je chaw tak beli pape dah dekat situ sebab takut kena marah. Yelah dia marah kami, dia cakap,
"Gadis apa seperti itu?" katanya dengan muka bebai.
Dia fikir baran dia je, dia taktahu lak kitaorang ni pun baran. Tapi takut punya pasal, kitaorang chaw jelah daripada situ takde beli pape sangat disitu. Emosi sungguh penjual-penjual disitu. Kesimpulannya, penjual dekat situ memang emosi level hardcore. Dari nak shopping santai-santai terus jadi misi menyelamat diri dan chaw tanpa toleh belakang sebab member tengah baran. Kalau kami pun baran, risau kami yang tak balik je nanti.
Sudah habis semua aktiviti untuk Day 1, kami pun terus bergerak ke hotel penginapan kami iaitu Hotel Atsari. Kalau tak silap, around pukul empat petang kami check in disini.
Ini hotel antara paling the best kitaorang duduk antara semua hotel yang kitorang duduk di Medan. Bilik dia memang mantap - luas, bersih, tilam pun empuk giler. Environment pun tip top:- tak terlalu sunyi tapi tak terlalu bising juga. Just nice untuk rehat selepas seharian berjalan. Cuaca pula sejuk gedik-gedik gitu. 🥶 Nak keluar balkoni pun rasa macam malas juga sebab angin dia memang sejuk dingin sampai ke tulang. Nasib baik ada water heater, jadi tak perlulah risau sangat walaupun kitarang ni jenis yang.....malas.....
Around jam 4.30 petang, lepas letak semua barang dalam bilik dan berehat sekejap, kami pun decide nak lepak pool lah kononnya nak celup-celup kaki jelah sebab yelah kita kan ada 25 jam disini haha, jadi celup-celup kaki ni konon healing lah sekejap sementara nak menunggu malam, tapi hampeh!... Celup punya celup, akhirnya satu badan masuk dalam air. 🤣 Daripada nak celup sekejap terus jadi sesi mandi manda yang tak dirancang sebab cam lama lagi nak dinner. Dekat sinilah kami semua rasa masa kami banyak gila dan lama gila sebab kita dah naik turun flight, dah menempuh perjalanan panjang, dah pergi naik feri dekat Samosir Island, dah shopping, dah mandi pool dan masih belum tiba waktu dinner.
Jadi, kami naik semula ke bilik jam lima petang untuk mandi dan siap-siap untuk dinner. Tapi biasalah konon nak baringlah kejap sambil main phone lah sekali kami semua tumbang. Pukul 7.40 malam baru tersedar itupun sebab azan Malaysia yang berbunyi dekat phone aku. Aku pulak tak sempat tukar zone lagi. Dah pakat gelisah sebab dinner kami sepatutnya jam 7.30 malam. Aku pun pergi bilik sebelah, lah tidur juga. Nasib baik juga sebab solat boleh jamak dan memang malam tu dah tak ada aktiviti apa-apa pun.
Kami pun bersiap ala kadar dan turun dinner. Masa tu Pak supir sempat menegur kami, "Tidur ya semuanya?" kami hanya mampu tersengih seperti kerang busuk je sebab memang betul pun, semua tidur mati. 🤣 After dinner hampir 30 minit, kami boleh buat aktiviti masing-masing dah. Kami bilang ke Pak Supir,
"Boleh ke kalau kami nak pergi jalan-jalan dekat depan ni?"
Sebab depan hotel kami ni memang laluan utama, jadi nampak meriah dengan lampu dan angin malam yang dingin. So macam seronok juga nak jalan malam-malam.
Bila pak supir dan benarkan dan bagi lampu hijau, baru kami jalan. Jangan pula korang pergi trip, korang tak bagitahu Pak Supirnya, buatnya kena culik ke ape ke, dah jadi kejadian lain pula.
Sambung balik, kami jalan-jalan sikit eh sebelah hotel kami macam ada gerabak kecil macam selalu kita tengok di sinetron, ada jual jajan-jajan dan packing kecil-kecil begitu. Kita pulak excited tengok kedai kecil begitu. Sembang punya sembang, siap melawak dengan bapak pejual tu, dah buat member pula kami dengan bapak tu. 🤣 Situ pun dah makan masa juga kita goreng dia, dia goreng kita. Belilah kami air disitu dan kami teruskan berjalan melihat kawasan. Gaya berjalan pulak dah macam orang tempatan pulak, steady je kitaorang lintas sana sini pun macam tahu sangat padahal baru sehari jadi orang Medan. Hahaha!
![]() |
*Mungkin ini tempat Agnes Monica lepak dulu 👀* |
Sampailah di penghujung jalan, kami masuk ke Indomaret, lebih kurang macam 7E di Malaysia. Masuklah kami empat orang, tapi hujung-hujung tak beli pape pun lah disitu, masuk untuk tahu je kedai tu macam mana rupa hehehe. 😆
Lepas keluar dari situ, kami rasa dahaga balik sebab cuaca sejuk giler. Terus kami nampak satu kedai ni, kami pun masuk jelah kedai ni. Memandangkan dia cuma jual air sahaja, kami pun masuklah duduk. Kalau jual makanan tu, kami was-was lah juga. Kang termakan celeng gor.
Jadi, kami pun order dua cawan teh tarik, share empat orang. Suprisingly, teh tarik dia sedap! Sedap nak mampos! 😭 Aku macam... Dah balik Malaysia pun masih terbayang-bayang kesedapan teh tariknya. Tak manis sangat, warna pun tak oren macam tempat kita. Nampak single tapi rasa dia padu giler. At first, kitaorang macam sangsi juga,
"Tak menariknya air dia macam takde color."
Tapi lepas minum seteguk, pregh terus tarik balik la kata-kata tadi. Dia punya sedap tu, sampaikan kitaorang order dua lagi buat bungkus untuk minum dekat hotel sambil tengok Netflix. Memang penutup yang perfect untuk Day 1 di Medan. 🌙✨
![]() |
Total untuk empat teh tarik (( sebab bubur free je tu)), memakan wang sebanyak 15 ribu rupiah bersamaan RM3.90 sahaja. Aduh boleh tak aku nak pergi Indonesia setiap bulan semata nak makan sebab kos murah. 😭
Dah habis minum, dah mengantuk sikit, kami pun beransur pulang nak balik ke hotel tapi tiba-tiba ternampak pulak ada gerabak kecil jual sate padang. Dalam was-was tak was-was, kami bertanya,
"Ini ayam ya?"
Dia pun senyum dan jawab, "Ya, ayam."
Lega sikit hati kami, kami pun terus order dan beli. Kami beli dalam 7 cucuk sate sekali dgn nasi impit, dalam 15 ribu rupiah sahaja bersamaan RM3.90 sen sahaja. ((Time aku tengah menulis ni, aku tekan convert duit, lah murahnya??!!)) Maka, belilah kami dan makan lah di bilik sambil layan Netflix. Sumpah, memont ni nampak simple je tapi best giler. Perut kenyang, hati senang, trip Day 1 pun berakhir dengan penuh nikmat dan gelak tawa (dan sedikit muntah hahaha). ✨
![]() |
| Sate Padang sedap gais. |
Sambung day 2, di next posting:-
Youtube Channel: Sipiso-Piso Waterfall Vlog
Youtube Channel: Indonesia Vlog
Tiktok Akaun: Medan, Indonesia
Xoxo,
YD.




























Tiada ulasan:
Catat Ulasan